Keupayaan setiap pelajar tidak sama. Kaki, tangan, pergerakan badan dan pernafasan akan dipantau oleh jurulatih. Segala kelemahan dan keupayaan pelajar akan diambil kira. Jurulatih akan membantu pelajar berenang mengikut keupayaan pelajar sendiri.
IRenang Survival Swim, modul yang kami bangunkan selepas bertahun-tahun mengajar, di pelbagai peringkat umur. Teknik yang bukan sahaja lebih mudah dan cepat, ia juga memudahkan pelajar mempelajari teknik-teknik renang yang lain seperti breaststroke dan frontcrawl dengan cepat.
IRenang Survival Swim, teknik asas yang mengajar pelajar cara bergerak dan bernafas dengan betul di dalam air, mengikut keupayaan sendiri. Dengan pengetahuan dan pengalaman jurulatih kami di bidang sains sukan, teknik ini sangat digalakkan pada mereka yang waterphobic, zero knowledge dalam berenang, golongan warga emas, golongan yang mengalami kecederaan (slip disc, knee problem). Teknik ini juga kami berikan pada pelajar-pelajar pendidikan khas. Ternyata teknik ini lebih mudah diikuti dan dipelajari berbanding dengan teknik-teknik renang yang lain.
Sebagai contoh, teknik pernafasan yang betul membolehkan pelajar berenang lebih jauh dan lama. Tidak seperti teknik 'blow bubble' yang biasa, kami mengajar teknik pernafasan secara terperinci dan mudah difahami pelajar. Teknik 'blow bubble' yang tidak diajar dimana-mana kelas renang biasa.
Boleh saksikan rancangan Chiki Boom episod Renang di link dibawah, dimana kami mengajarkan teknik renang IRenang Survival Swim kepada pengacara comel mereka, Amber.
http://myklik.rtm.gov.my/berkala-program/30893/55857

No comments:
Post a Comment
Have anything to ask or share? Drop 'em in the comments sections okay.