Showing posts with label Program khas. Show all posts
Showing posts with label Program khas. Show all posts

14 June 2016

IRenang ke Semporna..! (Part 3: Terapi dan Aktiviti Renang di Kolam Renang/ Laut)

Sebelum berangkat ke Semporna, kami memang telah di maklumkan terlebih dahulu status pelajar-pelajar yang akan mengikuti program ini. Profil seramai 11 orang pelajar telah di ambil kira dan sebagai jurulatih, menjadi kewajipan kami merangka setiap modul yang bersesuaian dengan setiap pelajar. Walaupun masa yang diberikan  memang singkat tetapi kami cuba sedaya upaya untuk memberikan satu pendedahan awal kepada mereka.

Terapi air bukanlah sekadar bermain air. Segala pergerakan di dalam air adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar. Oleh kerana itu kami perlu terlebih dahulu membuat penilaian terhadap setiap pelajar. Lokasi yang paling sesuai ialah di kolam renang. Disini setiap pergerakan dan kemampuan pelajar diambil kira. Pergerakan kaki, tangan, pernafasan dan keupayaan menerima arahan adalah antara yang di nilai. Selain dari itu jurulatih perlu memberikan latihan yang bersesuaian dengan setiap masalah pelajar. Umpamanya  pelajar yang jarang bercakap, perlu diberikan latihan pernafasan yang betul untuk membuka ruang paru-parunya agar dapat bernafas dengan lebih baik, menggalakkan proses pengeluaran bunyi dan seterusnya menggalakan pertuturan. Pelajar ADHD perlu di berikan latihan yang bersesuaian dengan sikap mereka yang hyperactive.

Sesi penilaian dan latihan pernafasan.

       





Secara keseluruhannya, semua pelajar Akademi IQ ini mempunyai tahap keyakinan yang tinggi di dalam air. Boleh menyelam dan menahan nafas. Mungkin faktor persekitaran mereka yang banyak terdedah dengan laut. Hanya 2 orang pelajar sahaja yang nampak kurang selesa di dalam air. Nasarudin dan Syakira.

Nasarudin pelajar periang, pandai menyanyi dan sepanjang program banyak bersama saya. Peristiwa abangnya yang mati lemas di laut banyak mempengaruhi sikap dan kehidupannya. Ketakutannya pada air begitu jelas dan ketara apabila sering memegang saya dan sering bersikap pasif dan mengatakan "tak boleh".


Nasarudin diberikan tunjuk ajar asas.



Syakira, pelajar yang sangat pendiam dan sangat pasif. Dia juga takut air. Banyak bergantung dengan jurulatih ketika di kolam renang dan di laut.



Pengalaman di kolam renang amat perlu kami berikan kepada pelajar-pelajar ini kerana di sinilah tempat yang paling selamat buat golongan pelajar istimewa ini mempelajari prinsip apungan, pergerakan dan pernafasan di air. Kami menggunakan 2 kolam, kolam kanak-kanak dan kolam biasa.

Di kolam yang besar, dengan  bantuan jurulatih Navy, pelajar diberikan tunjuk ajar asas berenang. Memang agak lain cara mereka mengajar. Latihan cara tentera dan ini memberikan pengalaman bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada jurulatih. Mereka juga berbesar hati berkongsi ilmu menyelamat dengan pelajar.




Selesai latihan di kolam renang, pelajar berpindah pula ke Bintara, Tampi-Tampi. Di laut pula.. Hehehe.

Seperti yang saya katakan pelajar-pelajar ini sangat mahir menyelam. Ketika di Tampi-Tampi, aktiviti renangan dan terapi diteruskan. Kemahiran bergerak dengan menggunakan Noodle atau pelampung air diteruskan. Pelbagai teknik pergerakan kaki dan tangan, cara mengimbangkan badan, apungan, dan kemahiran berenang dan bernafas dilakukan. Memang agak sukar bernafas dalam air masin, seringkali termasuk hidung. Namun pelajar tetap mencuba dan ternyata penggunaan GOGGLES sangat berguna. Kalau permulaan menggunakannya pelajar kurang selesa tetapi ketika di laut mereka benar-benar menghargainya. Mungkin kerana mereka rasa lebih mudah membuka mata di dalam laut tanpa rasa pedih air masin. Boleh juga melihat ikan-ikan berenang.. Dan itulah salah satu cara yang saya gunakan agar mereka mahu memakai goggle. And it works!

Pelajar sedang mencuba penggunaan GOGGLES





Terapi air di laut diteruskan dengan memberikan fokus pada pergerakan kaki dan tangan. Teknik apungan lebih mudah dilakukan dan memberikan rasa tenang pada pelajar. Mereka begitu gembira di dalam air dan jujurnya saya tidak nampak kekurangan mereka kerana segala arahan dapat diterima dan diikuti dengan baik, malah ada yang lebih baik dari pelajar normal. Umpamanya teknik mengimbangkan badan dengan duduk diatas Noodle. Mereka dapat melakukannya dengan cemerlang sekali.


Apungan dan menyelam.


                 




Sebagai jurulatih renang yang berpengalaman  di bidang terapi air, keupayaan pelajar berpotensi untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan kehidupan harian sangat tinggi jika pelajar diberi latihan berterusan di dalam air. Ramai pelajar saya yang menunjukan prestasi yang baik di dalam kehidupan harian dan berupaya meningkatkan tahap kecerdasan di bidang pelajaran setelah diberikan latihan terapi air secara berterusan. Air memberikan ketenangan dan rasa selamat dan selesa kepada golongan istimewa. Pergerakan mereka yang mengalami CP lebih mudah kerana air melembutkan otot-otot untuk pergerakan. Air memberikan rasa tenang pada golongan ADHD. Sikap hyperactive dapat dikurangkan melalui terapi air.


Wajah-wajah yang begitu tenang.





Hari akhir program memberikan peluang kepada kaum ibu melihat sendiri pencapaian anak-anak mereka di dalam air. Dengan di saksikan ibu, guru dan jurulatih, pelajar- pelajar menunjukan keupayaan masing-masing. Tepukan diberi di setiap akhir renangan. Jelas kelihatan raut wajah anak penuh bangga apabila di beri tepukan gemuruh  dan kata-kata semangat dari jurulatih dan galakan dari ibu. Dan inilah sikap yang perlu ada pada setiap ibubapa dan guru, memberikan galakan dan sokongan yang kuat terhadap golongan istimewa ini.

Sesi akhir yang di sertai oleh kaum ibu.





Selesai program, saya berpeluang bertemu dengan kaum ibu pelajar. Saya terangkan kepada mereka kepentingan pernafasan yang betul ketika berenang yang akan memberikan faedah yang sangat baik kepada perkembangan pemikiran. Ini penting kerana di dalam program ini ada golongan yang "slow learner". Galakkan berenang dengan pernafasan yang betul. Kanak-kanak di sini memang mahir menyelam dan menahan nafas tetapi cara ini tidak baik untuk otak. Otak perlukan oksigen untuk berfungsi dengan baik.

Semoga pendedahan awal ini menjadi permulaan yang baik untuk pelajar-pelajar Akademi IQ untuk berjaya di apa jua bidang kehidupan yang mereka ceburi. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kehidupan yang cemerlang kepada anak-anak istimewa ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama berusaha menjayakan program ini dari awal hingga akhir. InshaAllah kita jumpa lagi.


-Puan Sarimah, Pengasas/ Ketua Jurulatih IRenang

9 June 2016

IRenang ke Semporna..! (Part 2: KD Sri Semporna, Kg. Tampi-Tampi, dan Pulau Bum-Bum)

Walaupun kemudahan kolam renang sangat diperlukan untuk program kami, namun di saat akhir, Cikgu Nik Azri telah memaklumkan bahawa kolam renang di Pengkalan TLDM tidak dapat digunakan kerana beberapa alasan diberikan pihak tentera. Permohonan yang awalnya telah mendapat kelulusan secara lisan terbiar begitu sahaja. Tergamam kami seketika. Masa itu dah hari Rabu. Segala persiapan dah dibuat. Cikgu Nik kata tak apalah, datang melancong jelah... Hah iyelah tu!

"TAK KISAHLAH MANA-MANA PUN ASALKAN ADA AIR..."


Itu kata putus kami. Sampai macamtu sekali. Tak mengapalah. Kesemua sesi nak dijalankan di Kg. Tampi-Tampi pun bolehlah. Kami tetap akan datang. Terkilan memang sangat terkilan tapi nak buat macam mana. Eh, siapa sangka kalau dah rezeki... Masuk-masuk je kereta Cikgu Nik Azri pada malam ketibaan di Lapangan Terbang Tawau, "TLDM hantar surat balas, benarkan kita guna kolam renang." 

Alhamdulillah... Kami memang teringin sangat nak bawa murid-murid ke kolam renang. Maklumlah, mereka tak pernah langsung ke kolam renang. Program kami pada hari kedua di Semporna berubah serta-merta!

Asalnya hanya mahu melihat Kg. Tampi-Tampi dan Pulau Bum-Bum sahaja, nak simpan tenaga untuk program intensif selama dua hari tu nanti. Tapi disebabkan memikirkan anak-anak Pulau Bum-Bum tu yang memang tak pernah ke kolam renang, dan mungkin inilah kali pertama dan terakhir dalam hidup mereka, kami gagahkan juga. Lagipun bukan senang nak dapat kebenaran menggunakan kolam renang tentera ni!

Awal pagi lagi selepas bersarapan, kami ke KD Sri Semporna Pengkalan TLDM untuk berjumpa pegawai bertugas dan juga melawat kolam renang. Jauh kedalam rupanya... Tapi sangat berbaloi. Memang besar. Kolam renang bersaiz Olimpik lengkap dengan diving tower dan ada juga kolam renang kanak-kanak. Pemandangan pun cantik sebab ia terletak betul-betul ditepi laut! Pihak TLDM memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami sangat berterima-kasih dan tidak sabar untuk menjalankan aktiviti disini.



Kolam renang bersaiz Olimpik.
Diving tower.
Puan Sarimah diiringi pegawai TLDM, menunjukkan kawasan persekitaran kolam renang.
Kolam renang kanak-kanak berlatar-belakangkan laut.
Pasukan Khas Laut Unit 2 PASKAL

Selepas itu kami terus menuju ke Kg. Tampi-Tampi. Perancangan asal untuk menjalankan semua sesi disini dibatalkan kerana telah mendapat kelulusan penggunaan kolam renang TLDM. Kami menjalankan hanya 2 sesi disini. Terdapat beberapa lokasi iaiatu Bintara, Warisan, dan Scuba Tiger. Bintara memang lokasi yang paling sesuai kerana ianya mempunyai pelantar, jadi lebih selamat untuk murid-murid. Selain itu, sebahagian kawasan laut juga telah dipagar. Terdapat dua pelantar di Bintara dan kedalaman air akan bergantung pada tahap air pasang surut. Pihak Bintara, Kg. Tampi-Tampi sedia menyiapkan makanan tengahari kami untuk kedua-dua hari program. Malah mereka tutup sebahagian kawasan semata-mata untuk program kami.





Menuju ke Bintara, Kg. Tampi-Tampi.
Pemandangan menuju ke Bintara, Kg. Tampi-Tampi.

Pintu masuk ke Bintara, Kg. Tampi-Tampi.

Selepas solat Jumaat dan makan tengahari, kami dibawa ke Pulau Bum-Bum iaitu dimana murid-murid kami tinggal dan bersekolah. Perjalanan dari jeti Seafest ke jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum perlu menaiki bot dalam kira-kira 5 ke 10 minit sahaja. Cikgu Nik Azri ingin membawa kami berjumpa dengan murid-muridnya di Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah. Malangnya ketika kami sampai, semua murid sudah pulang ke rumah. Maklumlah, hari terakhir persekolahan... Jadi semua murid dilepaskan awal... Hahaha... Jadi kami hanya melawat kawasan sekolah sahaja. Semuanya ada di sekolah tu; anjing, monyet, babi hutan pun ada! (kami nampak di luar pagar sekolah, nasib baik tak bolos... hahaha). Tapi kami sempat juga singgah di rumah beberapa orang murid dalam perjalanan ke sekolah, berjumpa dengan ibu bapa murid-murid.

Melihat rumah mereka yang serba daif membuatkan kami sedikit terkejut dan rasa insaf, menambahkan lagi semangat untuk mencurahkan ilmu pada mereka. Tapi apa yang paling kami perasan ialah betapa rapatnya murid-murid ini dengan cikgunya. Ada lebih kurang 400 orang murid di SK Terusan Tengah, sesi pagi dan juga sesi petang. Sekolahnya memang cantik dan luas.


Aktiviti waktu petang dihabiskan dengan meronda-ronda kawasan sekitar Pulau Bum-Bum, melihat kehidupan masyarakat disini. Kami sempat juga singgah di beberapa kampung untuk mengambil gambar pemandangan. Terdapat banyak sangat kampung! Kebanyakannya dalam kata ganda; Pantau-Pantau, Gelam-Gelam. Ada banyak 'roundabout', tak ada traffic light... Hahah. Van yang kami naiki pun tak ada 'roadtax'.


Jeti Seafest
Bersama Cikgu Nik menuju ke Pulau Bum-Bum
Tiba di Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum.
Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah.
Kawasan persekitaran SK Terusan Tengah.
Bangunan Pentadbiran SK Terusan Tengah.
Bangunan Akademi IQ yang ceria dan berwarna-warni!
Akademi IQ
Jangan takut untuk berbeza.
Menurut pemandu van, bas oren itu merupakan bas paling lama di Bum-Bum. Cat baru je.
Anak-anak Pulau Bum-Bum
Kg. Pantau Pantau.
Boleh lihat bot Bajau Laut yang kecil dibelakang tu.
Cikgu Nik dan jurulatih-jurulatih IRenang.
Jeti Balimbang
Pulau Bum-Bum
Jeti Balimbang



Tapak perhimpunan SK Terusan Tengah.




Persekitaran SK Terusan Tengah.


Persekitaran SK Terusan Tengah.














Keesokan harinya bermulalah program kami dengan anak-anak Pulau Bum-Bum ini.....

What makes learning to swim so hard?

So I was just hanging out at the seating area by the poolside, watching people swimming (or just simply chilling in the pool) and swimming ...