Posts

What makes learning to swim so hard?

Image
So I was just hanging out at the seating area by the poolside, watching people swimming (or just simply chilling in the pool) and swimming instructors in action; teaching swimming to students of all ages. This is a rare occasion for me by the way. Usually I was the one inside the pool- teaching swimming. But anyway, it is a good thing to be the one outside the pool sometimes. So you get a view from another perspective. Watching people trying to get to swim. Learning to swim. Some are struggling. Okay, MOST of them are struggling. Instructors giving so many examples... Now and then they would demonstrate the movement. And then they would assist the student to which particular movement they are supposed to do. What makes it hard? The water itself. Being inside the water itself is a whole new thing. We don't live inside the water... And now you want me to move my legs like this like this like this... Even balancing your body inside the water is a challenge. Okay, try walk

IRenang Survival Swim

Image
Teknik renang yang paling mudah dan cepat untuk dipelajari. Pelajar boleh berenang dalam masa yang singkat, paling cepat 1 - 2 jam. Dengan pengalaman dan tunjuk ajar dari jurulatih, pelajar mempelajari teknik pergerakan dan pernafasan yang betul. Jurulatih akan menyediakan modul yang sesuai pada pelajar, bergantung pada keupayaan mereka sendiri. Tidak seperti kelas-kelas renang yang biasa dimana modul yang diberikan sama untuk semua pelajar. Keupayaan setiap pelajar tidak sama. Kaki, tangan, pergerakan badan dan pernafasan akan dipantau oleh jurulatih. Segala kelemahan dan keupayaan pelajar akan diambil kira. Jurulatih akan membantu pelajar berenang mengikut keupayaan pelajar sendiri. IRenang Survival Swim,  modul yang kami bangunkan selepas bertahun-tahun mengajar, di pelbagai peringkat umur. Teknik yang bukan sahaja lebih mudah dan cepat, ia juga memudahkan pelajar mempelajari teknik-teknik renang yang lain seperti breaststroke dan frontcrawl dengan cepat. IRenang Survival Sw

Kejadian Nyaris Lemas di Kolam Renang Kelab Golf Danau, UKM

(Seperti yang diceritakan oleh salah seorang jurulatih kami yang berada di tempat kejadian) Masa tu saya sedang berada di tepi kolam bahagian deep water, tengah guide student berenang. Ada seorang lelaki di tepi saya panggil kawan dia yang berada di seberang kolam, "Berenang kau ke sini, bah!"... Orang Sabah agaknya tu. Nampak macam kawan dia tu dah penat je... Tapi bila tengok sekali lagi sedar-sedar eh dia dah ada di tengah kolam, berenang dengan seorang lagi kawan dia. Dengar juga dia cakap kat kawan dia yang dia dah penat, tak larat dah... Macam dah termengah-mengah macamtu. Dia pun pegang kawan dia, nak bergantung lah tu... Hah kawan dia cepat-cepat lepaskan diri pergi jauh dari dia. Walaupun kepala masih ada di atas, tapi dah nampak letih sangat dah. Dah nampak macamtu, kawan dia yang sebelah saya ni pun terjun! Terus pergi kat dia... Saya nampak dia dah peluk, tangan di leher kawan dia tu. Jadi saya ingat ohhhh dah okay lah nak tarik ketepi dah la tu. Sekali ya

Panduan Memilih Pakaian Renang (Wanita)

Image
Sekarang bukan macam dulu lagi. Kalau dulu, nak mencari pakaian renang yang muslimah memang susah. Masih saya ingat dulu, kalau untuk perempuan ada pun yang menutup sikit yang one piece baju dan seluar, full swimming suit .... Dulu pun saya pakai yang itu juga. Waktu kecil, zaman sekolah rendah pakai yang tu, waktu ambil Sijil Pingat Gangsa umur 20 tahun pun pakai yang itu. Memang menutup semua, tapi disebabkan dia macam overall, agak malu sikit di bahagian pinggang ke bawah tu. Cuma kelebihan baju seperti ini ialah ia dapat mengurangkan rintangan air/ water resistance/ drag ketika berenang. Selain itu, tak perlu juga bersusah-susah bawa banyak helaian pakaian. Mana nak bawa baju lagi, seluar lagi. Okay, sekarang ni memang banyak sangat pilihan pakaian renang muslimah . Selalunya bila kata muslimah tu, fesyennya begini; baju labuh, seluar panjang, dan swimming hood (menutup leher). Tapi itupun, ada banyak jenis. Macam-macam rekaan. Disini saya berikan beberapa panduan memilih, be

Pengambilan Kedua IRenang Aquatic Centre

Image
Alhamdulillah... Memasuki bulan November, minggu lepas ramai pelajar baru memulakan kelas di IRenang Aquatic Centre. Pelajar-pelajar pengambilan pertama ramai yang dah berjaya tamatkan program, tinggal nak ambil sijil je. Sebuah majlis khas penyampaian sijil akan diadakan nanti. Sejak dah ada papan tanda, nampaknya ibu bapa lebih senang nak cari lokasi kami. Sekarang tak ada lagi yang terjenguk-jenguk dulu sebelum masuk. Heheh... Sempat juga saya berbual dengan beberapa ibu bapa pelajar baru semalam. Rata-rata menyatakan idea ini bagus; kelas renang personal kanak-kanak dengan waktu yang fleksibel. Maklumlah, kalau di kolam renang awam, tambahan pula sekiranya kelas dijalankan ketika waktu sesi kolam dibuka pada orang awam, memang sesak dan susah pelajar nak fokus. Kami faham... Pengalaman mengajar bertahun-tahun di public pool membuahkan idea ni. Ada pelajar semalam yang datang dari Cheras, tapi ramai juga yang dari sekitar Bandar Baru Bangi je. Alhamdulillah, kami dapat memudah

Papan Tanda Sudah Siap!

Image
Alhamdulillah... Akhirnya dah siap pun papan tanda bagi IRenang Aquatic Centre! Sejak beroperasi pada awal bulan Julai tahun ini, kami banyak menerima kunjungan dari para ibu bapa yang berminat hendak menghantar anak mereka ke kelas renang kami.  Idea ini memang baru, IRenang Aquatic Centre merupakan yang PERTAMA di Bandar Baru Bangi! Disebabkan tidak pernah ada konsep sebegini sebelum ini, ramai yang tak sangka rupanya kami terletak di kawasan perumahan.  Jadi, diharap dengan adanya papan tanda ini, akan lebih mudah bagi para ibu bapa mencari lokasi sebenar kami. Disertakan sekali waktu operasi kami, iaitu hanya tiga hari seminggu yang dibuka untuk lawatan.

Kelebihan Bersenam di Dalam Air

Image
Bersenam di dalam air tidak hanya terhad kepada berenang. Senaman di dalam air sesuai untuk semua golongan; kanak-kanak, remaja, dan juga dewasa. Walaupun tidak pandai berenang, anda masih boleh melakukan aktiviti lain di dalam air seperti berjalan, berlari, dan juga melompat. Senaman di dalam air boleh dilakukan di dalam air paras pinggang dan juga di tempat dalam yang tidak boleh cecah kaki. Senaman di dalam air sebenarnya merupakan senaman yang lebih selamat jika dibandingkan dengan melakukan senaman di darat. Lebih-lebih lagi kepada warga tua ataupun mereka yang ada masalah dengan keseimbangan badan yang menyebabkan mereka cenderung untuk jatuh apabila melakukan aktiviti. Apabila melakukan aktiviti di darat, potensi untuk jatuh lebih tinggi. Kesannya juga lebih teruk; boleh menyebabkan luka, lutut terhentak, badan terhempas, dan sebagainya. Medium air yang kepadatannya lebih tinggi daripada udara boleh menyokong tubuh badan daripada jatuh. Kepadatan air yang lebih tinggi d