PROFIL I RENANG



I RENANG diasaskan oleh Pn Sarimah bte Saleh atas dasar kesedaran untuk mengurangkan dan mengelakkan kadar kelemasan di kalangan kanak-kanak di samping menggalakkan aktiviti renang sebagai salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan, rohani, dan jasmani.

Latar Belakang dan Penglibatan Puan Sarimah:
1. Berkelulusan Sains Sukan daripada Universiti Teknologi MARA.
2. Bermula sebagai Open Water Diver pada tahun 2001 (PADI).
3. Seterusnya mengambil Sijil Pingat Gangsa dan Sijil Jurulatih Pingat Gangsa.
4. Jurulatih Sijil Pingat Gangsa bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Special Malaysia Rescue Team) pada tahun 2009.
5. Berpengalaman mengajar di sekolah antarabangsa, dari peringkat tadika hingga dewasa.
6. Penyelamat Kelemasan dan Jurulatih Renang kanak-kanak di Consist Off-Shore Training Centre, Ulu Klang.
7. Jurulatih Renang dan terapi bagi kanak-kanak Autism.
8. Jurulatih Renang Peribadi untuk kanak-kanak dan dewasa.
9. Jurulatih Renang bagi bidang Korporat dan Badan Kerajaan.



I RENANG menawarkan pelbagai kursus untuk pelbagai peringkat usia dan kategori. Individu dan berkumpulan. Kami mempunyai jurulatih-jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengajar dan melatih pelbagai peringkat renang.

Kemudahan yang ditawarkan:

1. Menyediakan kemudahan alatan mengajar yang sesuai untuk latihan. Jurulatih I RENANG akan membuat penilaian keatas setiap pelajar dan menyediakan sukatan pelajaran yang sesuai. Prestasi setiap pelajar akan di rekodkan untuk penilaian dan pemantauan berterusan oleh pihak pengurusan.

2. Bersedia menghantar jurulatih melatih dan mengajar pelajar-pelajar yang berada di luar kawasan atau daerah.

3. Bersedia melatih dan mengajar pelajar berkumpulan melebihi 50 orang.


4. Mengadakan kursus keselamatan di air. Pihak kami mengadakan kerjasama dengan badan- badan NGO dan kerajaan dalam mengendalikan kursus-kursus.

5. Menyediakan Jurulatih Renang Peribadi untuk golongan yang inginkan privasi dan sibuk.


Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!