PENCAPAIAN & PENGHARGAAN

Antara sijil-sijil kelulusan jurulatih IRenang ialah:


Sijil Pingat Gangsa



































Haa..ni sijil yang mesti ada kalau nak mengajar,selain dari sijil-sijil macam BTC, ASUM, Coaching atau sijil yang di keluarkan secara persendirian oleh pusat-pusat renang lain.
Nak ambik sijil ni..huh..macam nak tercabut tulang kaki ni training..badan pun boleh jadi macam body builder..besar kt atas..mana tidak, berenang beratus-ratus lap untuk membina stamina..nak bawa orang..
Ujian bukan mudah,ada timing dan syarat tertentu.. ILS macam bronze, cuma fungsinya lebih meluas- international. Maksudnya boleh jadi lifeguard di luar negara. Tapi,kalau dah dapat,boleh guna untuk cari duit,,jadi lifeguard kt kolam-kolam,jadi instr.. Kalau berminat eloklah ambil ketika usia muda,tenaga masih kuat..banyak kebaikannya.

Sijil Jurulatih Pingat Gangsa



































Sijil ini apabila dah boleh melatih pelajar-pelajar BRONZE...kira cikgu la..up sikit..
Kami di anugerahkan sijil ini ketika di Kolam Renang Siantan,Selayang dan UITM.Melatih anggota SMART dan pelajar-pelajar UITM.. Nanti kami kongsi kan kisah training tu...huhuhu...


SIJIL PENGHARGAAN
Sepanjang kami berada dalam industri renang ini, pelbagai penghargaan kami terima,bukan setakat sijil-sijil, ada yang hadiahkan cenderahati...termasuklah teko air! Hehe.


                          


      




Sijil-sijil ini kami terima ketika menjadi Jurulatih dalam Program Pearl Kids di Kolam Renang Desa Tasik, Sg Besi..3 tahun berturut-turut...

Program ni memang best dan mencabar minda..sebabnya? Kami mengajar di kelilingi ibubapa dan pegawai-pegawai KBS...Fuh..student pulak pelbagai peringkat umur, dari 5thn-13thn..hampir semuanya water fobia!

Tapi yang kami kagum pada mereka ni, semangat juang tinggi tu...Kena pulak training cara army..yang 5 thn pun dapat gak kayuh dalam air..


Sijil ini kami terima ketika mengajar pelajar-pelajar sekolah pendidikan khas.

     


Sebagai menghargai pelajar-pelajar ni atas usaha mereka, pihak kami keluarkan sijil.


Pelajar-pelajar ni memang mengkagumkan la..tak tau takut..berani dan bersemangat tinggi. Walaupun serba kekurangan di segi mental dan fizikal, mereka tetap boleh berenang dengan baik.
Selain dari sijil, cikgu-cikgu bagi cenderahati lain,,tudung,pen..makanan pun...


MAJALAH RAPI & MINGGUAN WANITA
Salah seorang jurulatih kami dipanggil oleh Majalah Rapi bagi berkongsi pengalaman berada dalam industri renang. Kami memang rasa sangat bertuah dan terima kasih kepada Majalah Rapi.



Beliau juga salah seorang Panel Pakar Rapi bagi ruangan Tanya Apa Sahaja, menerangkan apa sahaja permasalahan berkaitan aktiviti renang dan juga senaman-senaman terbaik di dalam air.

  

  




Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!