Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Kenapa Dayang Senandung? Sebab by the end of training, muka menjadi sangat gelap, berkilat, dan hitam seperti Dayang Senandung (saya menjalani latihan di kolam renang terbuka). Kalau tak tahu, Dayang Senandung tu salah satu watak cerita melayu klasik tentang seorang anak raja yang mempunyai kulit yang gelap.

Sijil Pingat Gangsa ni merupakan salah satu keperluan untuk menjadi penyelamat kelemasan (lifeguard) dan juga untuk membolehkan kita mengajar renang. Kita akan diajar cara menyelamatkan mangsa kelemasan dan juga bagaimana sekiranya berdepan dengan situasi cemas di dalam air. 



Saya percaya, setiap lifeguard pasti ada kisah dan pengalaman sendiri mengambil Sijil Pingat Gangsa. Kali ini, biar saya kongsikan pengalaman saya sendiri :)

Okay, kita mulakan dengan latihan.
Saya menjalani latihan Sijil Pingat Gangsa ni pada tahun 2009 di Kolam Renang Sri Siantan di Selayang. Latihan adalah selama 3 MINGGU, 5 hari seminggu, 8 pagi hingga 5 petang rehat cuma untuk solat dan makan. Ini adalah semasa saya sedang cuti semester; menunggu untuk masuk semester 5 diploma. Bayangkan 3 minggu untuk menajamkan skil renang, develop stamina, sekaligus train for speed.

Kursus ini adalah anjuran SMART. Ya, Special Malaysia Rescue Team yang pergi ke misi menyelamat tanah runtuh Bukit Antarabangsa dan juga yang ke Ukraine baru-baru ini untuk kes MH17. Sedikit sebanyak memang terasa bangga apabila melihat rakan sama-sama training dulu muncul dalam tv untuk misi menyelamat... Semangat kerja berpasukan mereka memang sangat tinggi. Pernah sekali salah seorang daripada mereka cedera ketika menjalani latihan. Tanpa berkata apa-apa, seorang ambil kerusi, seorang ambil kain, seorang ambil bandage... Tindakan mereka memang sangat cekap dan pantas!

Menjalani latihan dengan abang-abang bomba, polis, dan askar... Semestinya army style. Tiada pengecualian walaupun saya orang awam. Hari pertama latihan kelihatan blok berwarna-warni disusun ditepi kolam. Bila diangkat... Oh rupanya batu bata! Dan malam itu, saya pun sediakanlah batu-bata saya sendiri...


Sebelum: Batu bata kaki pasu di rumah
Selepas: Batu bata dibalut. Batu bata dah jadi dumbbells.
Setiap pagi, kami perlu berlari antara 5 ke 6 pusingan kolam SAMBIL MEMEGANG BATU BATA. Beratnya jangan ditanya! Memang berat! Pada mulanya saya hanya mampu memegang seketul batu bata. Tapi lama kemudian saya sudah boleh memegang dua batu bata siap boleh dijulang tinggi lagi! Sambil berlari! 

Itu land warm up. Belum kira beratus-ratus meter berenang sebagai sarapan. Saya akui walaupun sangat memenatkan tetapi saya memang seronok ketika latihan. Mereka semua sangat serius dan 'stone cold', jarang gelak tetapi saya memang tak boleh nak terlampau serius. Tetapi... Saya memang menangis pada hari pertama. Penghujung latihan hari pertama saya sudah tak tahan lagi penat sangat! Berenang beratus-ratus meter... Dan yang paling saya tak suka ialah tiupan wisel.

Preeet....! Pergi swim. Preeet......! Naik dari kolam. Preeet....! Terjun semula pergi swim. Sudahlah penat swim, suruh naik atas lagi. Sudahlah kolam dalam... Ya. Jurulatih saya adalah komander berbadan sasa yang sering meniup wisel. 

Pada taklimat pertama dikatakan kami perempuan dibenarkan pulang awal. Tetapi apabila saya meminta izin keluar awal, saya tidak dibenarkan. Jadi... Berenanglah lagi... Saya berenang, berenang hinggalah satu tahap saya dah fed up. Fed up sangat sebab dah set dalam minda boleh balik awal. Sampai tahap hingga saya jerit, memaki komander tu! Tak perlulah sebut apa saya maki tu, tapi memang cukup teruk. Sudah tentulah saya kena marah balik. Dan diberi kata dua, "Taknak, balik." Sejak hari itu, saya buat je apa disuruh... Sampailah tiba hari test.

Di penghujung tiga minggu ada 14 SMART dan 5 orang awam (kesemuanya wanita). Kesemua jurulatih adalah daripada SMART kecuali seorang wanita iaitu ibu saya. Beliau diberi kepercayaan untuk bersama-sama dengan jurulatih SMART yang lain untuk melatih kami semua. Jadi tidak dinafikan saya sedikit sebanyak bersemangat menjalani latihan kerana adanya sokongan ibu saya. Walaupun begitu, saya tetap mendapat layanan sama seperti pelatih lain. Cuma bezanya kalau ada drills yang sukar saya lakukan, sama-samalah kami gelak anak-beranak ditepi kolam tu.

Ujian Sijil Pingat Gangsa.
Ini antara ujian-ujian perlu dijalani untuk mendapatkan Sijil Pingat Gangsa:

1. Berenang 50 meter dan chin-tow (satu teknik menarik mangsa) 50 meter dibawah 3 minit 15 saat untuk wanita.

2. Berenang 50 meter dan rope-towing (teknik menarik mangsa dengan tali) 50 meter. Tiada had masa.

3. Balingan tali sejauh 20 meter dibawah 1 minit.

4. Cross-chest towing 25 meter dengan berpakaian. Sejujurnya, sepanjang tempoh latihan saya banyak mencuba pakaian yang berbeza-beza. Paling saya ingat, saya mengenakan kebaya kerana ingin mewujudkan situasi berhari raya dan kononnya terserempak dengan mangsa lemas. Ha-ha! Lagipun bukan selalu boleh pakai baju biasa masuk kolam renang.

5. Combine rescue. Ini menggabungkan beberapa elemen. Kami perlu berenang hingga nampak satu batu bata yang diletakkan di dalam kolam sedalam 2 meter itu dan dive sentuh batu bata itu. Kemudian dari batu bata itu, berenang di dasar kolam itu (underwater) hingga batu bata seterusnya dan julang batu bata tersebut ke atas sambil melakukan water treading. Water treading lah sambil PEGANG batu bata tu... Sampai tester kata stop. Oh by the way, akan ada seorang yang konon-konon adalah mangsa menunggu di batu bata kedua tu. Jadi, selepas tester kata STOP. Sama-samalah kita dan mangsa letakkan batu bata tu elok-elok ke dasar kolam tu. Mesti kena letak ELOK-ELOK. Masuk balik ke air sedalam 2 meter tu... Kemudian, kita sebagai penyelamat tarik mangsa ketepi, berikan pernafasan, dan tarik mangsa keatas kolam.
SELESAI. 


Chin-tow (cap putih tu saya).

Untuk ILS, International Life Saver, ada ujian lain iaitu:
1. Berenang 100 meter dibawah 1 minit 40 saat.
2. Berenang 300 meter dibawah 9 minit.
3. Berenang di dasar kolam (underwater) lebih dari 25 meter.

Ujian paling akhir ialah underwater swim lebih daripada 25 meter. Sejujurnya, saya TAK PERNAH sampai 25 meter semasa latihan. Tapi, ketika ujian saya berjaya! Alhamdulillah... Sebenarnya saya memang dah fikirkan, kalau nak mati pun matilah asalkan lepas. Sebab memang dah letih sangat tambahan pula saya dah lepas ujian 300 meter tu awal-awal lagi. Alhamdulillah... Saya merupakan satu-satunya peserta perempuan yang mendapat ILS. Ibu saya menangis, dan jurulatih saya Encik Salman menepuk belakang saya sambil mengatakan, "Budak yang paling banyak gelak pula dapat ILS.." 

Jadi itulah... Semua orang lulus Sijil Pingat Gangsa. 14 SMART dan saya mendapat ILS.

Comments

  1. Salam.. Hai Akak! Seronok nya baca blog ni. :) saya nak Tanya.. Kalau kita ni bukan pandai Sgt berenang.. NK amik kursus ni.. Better pergi belajar berenang dulu atau amik je kursus ni ? Saya ni hampir setiap minggu Mandi di pantai.. TP tak confident bila NK float tak jejak tanah. Kalau back float xde masalah pulak. Hahah

    ReplyDelete
  2. Belajar berenang dulu kak... belajar kat kolam renang...much better

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...selesai ujian bronze medallion dan ILS di kolam MPK Kuantan.....latihan buat sendiri...Allah permudahkan...hny sehari pelaksanaan.mula jam 9 pagi berakhir 4 ptg...
    sy buat 2 org sahaja dibantu oleh pembantu dan di nilai oleh tester...
    setiap disiplin diambil video sbg bukti jika ade pihak yg mempertikaikan kebolehan peserta.

    ReplyDelete
  4. Nak hubungi siapa kalau nak ambik kursus jurulatih renang dan penyelamat tu. Saya dari penang. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari En. Lapi Bin Mohamad dari MSP Pahang.

      Delete
  5. Wow.... hebat2💪. ILS no. 3 tu dasar kolam berapa dalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selaman sejauh 25m...ikut lebar kolam.. Dalam 3-4 meter

      Delete

Post a Comment

Kongsikan juga pengalaman anda bersama kami!

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Susahnya nak terapung!!!