Pelajar Istimewa

Penglibatan saya bersama mereka bermula secara kebetulan sahaja.Ketika itu saya bekerja di Consist sebagai jurulatih renang dan penyelamat kelemasan sekitar tahun 2009.

Saya mengajar kanak-kanak dan ada lebih kurang 12 ke 15 orang pelajar ketika itu.Biasalah..dalam ramai-ramai tu ada juga yang "slow learner". Habis sessi,saya di datangi oleh seorang wanita. Setelah memperkenalkan dirinya, Puan Marryanne,barulah saya tahu beliau merupakan seorang pengusaha sebuah pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak istimewa.Beliau mempelawa saya untuk mengajar pelajar-pelajarnya berenang.

Pada mulaya saya agak bimbang juga memandangkan saya tiada pengalaman dengan mereka, tetapi Puan Marry bersungguh-sungguh memberikan saya kata-kata semangat untuk mencuba. Beliau sendiri akan turun membantu saya. Saya setuju dan mulai saat itu saya mula mengambil pelajar-pelajar istimewa, dari seorang hinggalah sekarang.Ketika ini saya memberikan khidmat kepada 3 buah sekolah pendidikan khas, dengan bilangan pelajar berdaftar seramai hampir 100 orang.Alhamdulillah.

Mengajar kanak-kanak istimewa memang berlainan dari kanak-kanak biasa.Didalam program yang saya jalankan,unsur-unsur terapi air dan senaman-senaman tertentu perlu di masukkan. Terapi air perlu untuk memberikan ketenangan dan keyakinan pada minda  dan otot-otot. Sepanjang saya bersama mereka, saya dapati membina kepercayaan antara jurulatih dan pelajar sangat penting di samping kesabaran. Pelajar istimewa memang kurang keyakinan di dalam air dan agak kaku terutama kalau suhu air kolam agak sejuk. Saya berikan latihan-latihan senaman didalam air dengan menggunakan alatan seperti noodle dan kickboard. Latihan seperti permainan didalam air juga boleh di lakukan.



 Ini Muiz, pelajar istimewa saya, agak active tetapi mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.Memang agak sukar mengawal nya. Saya banyakkan terapi air untuk memberikan ketenangan pada minda. Saya juga tekankan aspek-aspek keselamatan di air seperti terapung dan pernafasan.



Pelajar istimewa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kuat semangat.Mereka lebih mudah belajar teknik freestyle berbanding breastroke. Arahan yang di berikan kepada  mereka perlulah pendek dan ringkas. Arahan yang panjang hanya akan mengelirukan mereka. Tunjuk ajar satu perkara sahaja pada satu-satu masa.Jurulatih perlu kreatif dalam mengaplikasikan teknik-teknik renang.

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!