Posts

Showing posts from October, 2014

Silent drowning: Kejadian menyelamatkan kanak-kanak yang hampir lemas

Tidak semestinya anda boleh menjadi penyelamat (lifeguard) ketika duduk di kerusi tinggi ataupun ketika wisel tergantung di leher sahaja... Ataupun mesti pakai baju tertulis 'LIFEGUARD'. Semua orang mesti ada rasa bertanggungjawab. Ini kerana setiap orang di dalam kolam renang ada potensi untuk lemas. Saya sangat risau kalau terlihat budak kecil di kolam renang tanpa pengawasan sesiapa. PENGAWASAN disini bermaksud mata mengawasi setiap perilaku kanak-kanak tersebut, bukan badan mengadap ke kanak-kanak tersebut tetapi MATA MENGADAP SKRIN TELEFON BIMBIT. Tulisan huruf besar kerana saya nak anda fokus pada ayat tu. Ramai. Memang ramai saya perasan macam tu. Jom saya kongsikan pengalaman saya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dalam umur 4 tahun di kolam renang kanak-kanak , di belakang ayahnya dan pada masa yang sama  adik perempuannya JUGA nyaris lemas hanya beberapa langkah daripada mereka. Okay. Kejadian ini berlaku ketika saya sedang mengajar renang di sebuah kolam

Fokus ketika bertugas: Pengajaran ketika menjadi penyelamat kelemasan

Image
Seperti yang telah diceritakan dalam entri sebelum ni, saya pernah menjadi penyelamat (lifeguard) di beberapa buah kolam renang. Pastinya ada banyak pengalaman sepanjang bertugas... Tapi kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya menyelamatkan seorang wanita yang hampir lemas. Saya harap kisah ini boleh menjadi tauladan kepada anda semua... Kejadian ini berlaku ketika saya sedang bertugas di sebuah kolam renang bersaiz Olimpik yang tertutup. Ketua penyelamat dah pesan banyak kali setiap kali masa bertugas jangan main sms, jangan bercakap dalam telefon, jangan main telefon... Jangan membaca, jangan sibuk makan je. Dulu selalu study sambil jaga kolam... Tapi ini bukan tabiat yang elok. Jangan ikut! Mata mesti sentiasa fokus pada pengunjung. Tapi, saya ni sebab dah selalu jadi 'lifeguard' dan tak pernah pula berdepan dengan sebarang situasi cemas, ambil sambil lewa sahaja hal tu. Tambahan pula bertugas bersama lagi 2 orang. Rakan sekerja 2 orang di seberang sana

Pengalaman menjadi penyelamat kelemasan di kolam renang bersaiz Olimpik

Image
Ketika di universiti, saya menjadi penyelamat kelemasan sambilan ataupun part-time lifeguard. Setiap kali ada waktu senggang antara kelas, saya mesti akan ke kolam untuk jadi lifeguard. Nak dapatkan sijil lifeguard ni susahnya yang amat tapi kerjanya 'agak' senang... Itu yang saya fikir masa mula-mula masuk kerja. Sebab dulu saya cuma jadi lifeguard di kolam yang kecil. Dan jadi lifeguard pula masa kelas renang. Kolam tu tak buka pada orang awam. Jadi... Memang tak susah sangat.. RM 10 sejam duduk duduk tengok orang. Senang. Tapi... Bila saya bertugas di sebuah kompleks renang, kena jaga kolam renang bersaiz Olimpik, ada tempat dalam ada tempat cetek, memang ada sikit rasa gelabah. Nasib baik ada kerusi tinggi jadi bila duduk atas tu semua boleh nampak. Masa latihan untuk sijil ni dulu saya memang teringin sangat nak duduk di kerusi tinggi tu. Rasa macam bergaya sangat! Bila setiap kali sampai masa bertugas, memang saya duduk atas tu je. Hehe.... Okay. Bila bertugas di

Pengalaman mengajar di Sekolah Antarabangsa

Image
             Pengalaman mengajar di Sekolah Antarabangsa sekitar tahun 2009, adalah antara yang paling tidak dapat saya lupakan. Dengan bilangan pelajar yang mencecah ratusan setiap hari, pelajar yang berbilang bangsa dan pelbagai tahap kemampuan..memberikan banyak pengalaman yang berharga pada saya. Di situlah tempat saya menimba seribu satu pengalaman dalam membina kerjaya sebagai seorang jurulatih renang.             Saya mendapat peluang mengajar di sekolah ketika bekerja di bawah company Aquasplash. Saya mengajar pelajar-pelajar dari tahap tadika sehinggalah dewasa. Saya juga mengadakan kelas aquarobik untuk wanita.             Inilah jadual kelas saya...Isnin hingga Jumaat...10 pagi- 5petang. Tiap sessi 1 jam. Kelas back to back...saya tak sempat nak makan pun. Saya naik ke atas, makan sesuap dua..turun semula ke kolam. nak solat pun dalam baju renang..basah-basah dalam telekung..Kalau ada Kelab Renang atau pertandingan, saya akan tunggu sampai lewat petang untuk latiha

Pelampung Panjang Warna Warni

Image
Ada satu benda yang saya paling suka guna baik untuk mengajar renang mahupun untuk buat senaman. Banyak kegunaan tapi tak ramai orang tahu tentangnya. Setiap kali bawa ke kolam, mesti ada je orang tanya "Apa tu?" Water noodle. Ataupun belalai gajah. Atau ekor kucing. Heheh... Ini semua panggilan daripada pelajar saya yang comel-comel tu. Bila sebut mi, macam pelik pula. Kanak-kanak memang ada daya imaginasi yang tinggi! Water noodle  ni lebih kurang macam pelampung cuma dia panjang. Ia boleh terapung dan bila kita cuba nak benamkan dalam air pun ia akan timbul balik. Nak benamkannya pun perlukan tenaga juga... Pegang macam ringan, cuba tekankan ia kedalam air. Memang terasa berat! Kanak-kanak memang sangat sukakan benda ni sebab boleh buat macam-macam. Macam permainan. Boleh buat macam tunggang kuda atau mengayuh basikal, letak di celah lengan untuk terapung kedepan atau kebelakang, dan juga boleh duduk atasnya. Ya, duduk atasnya macam duduk atas buaian. &

Pelajar Istimewa

Image
Penglibatan saya bersama mereka bermula secara kebetulan sahaja.Ketika itu saya bekerja di Consist sebagai jurulatih renang dan penyelamat kelemasan sekitar tahun 2009. Saya mengajar kanak-kanak dan ada lebih kurang 12 ke 15 orang pelajar ketika itu.Biasalah..dalam ramai-ramai tu ada juga yang "slow learner". Habis sessi,saya di datangi oleh seorang wanita. Setelah memperkenalkan dirinya, Puan Marryanne,barulah saya tahu beliau merupakan seorang pengusaha sebuah pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak istimewa.Beliau mempelawa saya untuk mengajar pelajar-pelajarnya berenang. Pada mulaya saya agak bimbang juga memandangkan saya tiada pengalaman dengan mereka, tetapi Puan Marry bersungguh-sungguh memberikan saya kata-kata semangat untuk mencuba. Beliau sendiri akan turun membantu saya. Saya setuju dan mulai saat itu saya mula mengambil pelajar-pelajar istimewa, dari seorang hinggalah sekarang.Ketika ini saya memberikan khidmat kepada 3 buah sekolah pendidikan khas, dengan b