Posts

Showing posts from January, 2015

Tundukkan kepala! Put your head down!

Image
Kadang-kadang, cuma perubahan kecil sudah boleh memberikan impak yang besar. Di dalam air kita banyak bermain dengan rintangan. Rintangan air. Water resistance. Bila berjalan atau berlari dalam air, rasa perlahan je... Rasa macam tak bergerak je... Berbanding dengan kalau berlari di darat. Ketumpatan air dan ketumpatan udara memang sangat berbeza. Jadi kesimpulannya sekarang, kalau nak laju dalam air, kurangkan rintangan. Macam mana nak kurangkan rintangan dalam air? Ini saya fokuskan ketika sedang meluncur. Gliding. EVERYTHING HAS TO BE TUCKED IN. Bayangkan nak masuk dalam satu terowong yang sangat sempit... Ketika sedang meluncur, rapatkan kaki dan rapatkan tangan, LURUS. Dan kepala tunduk. Selalu juga saya ingatkan pelajar untuk pandang bawah bila meluncur, tapi kepala tak tunduk pun mata boleh tengok ke bawah kan? Jadi istilah yang betul dan paling tepat ialah tunduk. Kepala menghala ke bawah. Bukan menegak pandang ke depan. Kalau boleh nampak tangan ketika melunc

Nak berenang! Nak berenang!

Image
(luahan hati seorang cikgu renang) Seronok, tapi sebenarnya jauh di sudut hati geram tengok ramai orang berenang pergi balik pergi balik 50 meter. Seronok sebab makin ramai orang, terutama sekali wanita (sebab saya perempuan, jadi saya bangga tengok ramai wanita berenang) boleh berenang. Tetapi dalam masa yang sama, geram. Geram sebab nak juga berenang macam mereka tu, berulang-alik dari satu hujung ke satu hujung. Sedangkan saya, kebanyakan masa akan tertumpu di satu tempat sahaja. Ketika mengajar, mestilah sepenuh perhatian diberikan pada pelajar. Tak boleh la, "Ok, bubble 100 kali ( dan terus pergi berenang)". Ke boleh je? Kalau nak kena ketuk dengan big boss buatlah. Hahah! Bubbling. Ha, duduklah tepi dinding tu tiup, tiup, tiup, dan tiup lagi. (Google) Senangnya jadi cikgu eh... Teringat pula cerita P. Ramlee. "Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola" (Zzzzzzz........ Cikgu pun tidur......) P. Ramlee, filem Masam-Masam Manis (Google)

Tak boleh terapung!

Kali ini saya nak bercerita lagi tentang masalah terapung ni. Sebab terapung merupakan teknik yang paling asas dan paling mudah tapi merupakan masalah yang PALING KERAP saya dengar. Baru-baru ini, saya berjaya 'kantoi'kan seorang pelajar. Hehe... Dah banyak kelas, dia bagi alasan kaki tak boleh bergerak, kaki sakit bila angkat, kaki sakit bila bergerak sedikit, dan macam-macam lagi... Dia beriya-iya kata tak boleh nak timbul sebab ada besi dalam kaki dan bila gerakkan rasa sakit. Dia telah menjalani pembedahan kaki dan ada besi di dalam kakinya. Sebenarnya selepas saya tanya dan selidik semua butiran seperti dah berapa lama pembedahan, memang sepatutnya tak ada masalah untuk bergerak dan melakukan aktiviti di dalam air. Malah, sangat digalakkan. Saya bersyukur kerana pernah menjalani latihan di Unit Fisioterapi hospital, jadi sedikit sebanyak saya tahu apa yang boleh dan tak boleh buat. Tapi setiap kali saya suruh cuba, dia duduk diam dan kata TAK BOLEH. KAKI TAK BOLEH BE

Susahnya nak terapung!!!

And we (instructors) laughed. Terapung lah skil paling senang! Itu yang paling asas dan paling mudah tapi bukan sekali dua kami dengar orang kata tak boleh terapung. "Saya boleh berenang, tapi tak boleh terapung." Untuk berenang itu sendiri, anda kena terapung. Secara mudahnya, terapung bagi saya ialah apabila kaki anda tak sentuh lantai. Cukup. Kaki senget, tangan senget tak mengapa asalkan tak cecah lantai. Itu namanya TERAPUNG. Semua orang boleh terapung. SEMUA ORANG BOLEH TERAPUNG. Ya. Cuma keadaan dan posisi badan ketika terapung itu berbeza. Ia bergantung pada banyak faktor, dan antaranya ialah keadaan bentuk fizikal seseorang. Secara amnya perempuan lebih senang terapung berbanding lelaki. Kenapa? Sebab perempuan lebih banyak peratusan lemak di dalam badan berbanding lelaki. Hehe... Jadi faham-fahamlah orang bagaimana yang lebih senang terapung. Ketika menjalani latihan penyelamat kelemasan, 'mangsa' saya ialah seorang bomba yang berbadan sasa sep

Program Renang Intensif 2014- Catatan Kenangan

Image
Program renang intensif pada cuti sekolah hujung tahun lepas merupakan program yang paling bermakna dan paling saya tak boleh lupakan bagi tahun 2014! Itulah satu-satunya dan KALI PERTAMA program renang kami yang menyediakan pengangkutan! Sudahla pengangkutan disediakan, yang memandunya pula JURULATIH itu sendiri. Ya, saya merupakan antara jurulatih dan juga pemandunya. Idea jemput hantar ni timbul bila dah banyak kali kami buat program cuti sekolah dan masalah utama ialah pengangkutan. PERTAMA, ibu bapa bekerja, cuma anak-anak yang bercuti. Tiada siapa boleh hantar dan tunggu anak di kolam selama 1 atau 2 jam masa hari bekerja. KEDUA, kolam. Keadaan kolam renang yang tak boleh nak jangka. Kadang-kadang bila sampai kolam, rupanya ditutup sebab rosak ataupun kotor. Pagi semalam elok, eh pagi esoknya dah tutup! Jadi... Bila buat program jemput hantar ni, kalau kolam tutup, senang jurulatih boleh angkut pelajar ke kolam lain. Tak payah cancel kelas. Sebenarnya dah lama nak bua