Tundukkan kepala! Put your head down!

Kadang-kadang, cuma perubahan kecil sudah boleh memberikan impak yang besar.

Di dalam air kita banyak bermain dengan rintangan. Rintangan air. Water resistance. Bila berjalan atau berlari dalam air, rasa perlahan je... Rasa macam tak bergerak je... Berbanding dengan kalau berlari di darat. Ketumpatan air dan ketumpatan udara memang sangat berbeza. Jadi kesimpulannya sekarang, kalau nak laju dalam air, kurangkan rintangan.

Macam mana nak kurangkan rintangan dalam air? Ini saya fokuskan ketika sedang meluncur. Gliding.

EVERYTHING HAS TO BE TUCKED IN.
Bayangkan nak masuk dalam satu terowong yang sangat sempit... Ketika sedang meluncur, rapatkan kaki dan rapatkan tangan, LURUS. Dan kepala tunduk. Selalu juga saya ingatkan pelajar untuk pandang bawah bila meluncur, tapi kepala tak tunduk pun mata boleh tengok ke bawah kan? Jadi istilah yang betul dan paling tepat ialah tunduk. Kepala menghala ke bawah. Bukan menegak pandang ke depan.

Kalau boleh nampak tangan ketika meluncur, maksudnya anda tak cukup tunduk. 

Sebab tu kalau boleh, cuba mulakan meluncur dengan tangan dibelakang telinga. Tujuannya supaya bila masuk je dalam air, kepala akan terus tertunduk kebawah. Memangla nampak pelik, angkat tangan lurus-lurus ke atas sebelum mula meluncur, tapi kalau itu yang membantu, why not? At least you're off to a good start!


Tundukkan kepala ni pun selain untuk nak bagi laju, boleh menyelamatkan anda daripada kejadian yang tidak diingini seperti air masuk dalam hidung. Tak suka kan air masuk dalam hidung? Nak pula kalau tersedut, terus sampai ke otak! Yelah, nak meluncur laju tendanglah dinding tu kuat-kuat kan... Tapi kepala pandang ke depan. Apa lagi, memang direct lah air masuk menusuk terus ke dalam hidung!

Tapi kadang-kadang kalau ada pelajar yang degil tu ataupun mungkin terlupa, ataupun mungkin juga takut, saya akan tekan sikit kepalanya ke bawah. Hee...

CUBA. Kalau bayangkan je, tak rasa sendiri pun susah juga kan. Lain kali pergi kolam cuba sendiri. Bezakan kepala kedepan dan kepala kebawah. Banyak bezanya... Kalau takut terlanggar orang, buat jarak dekat dan target dinding. Tak payah jauh-jauh. 

Selamat mencuba! All the best!


Comments

  1. Assalamualaikum.. Sy berminat utk jd certified swimming coach. Boleh share tak ke mana saya patut pergi/tanya untuk dapatkan kursus? Da try search dlm internet tp kebanyakan kursus da outdated. Thanks in advance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Pertama sekali, perlu ambil Bronze Medallion Certificate ataupun Sijil Pingat Gangsa. Ini keperluan paling asas. Boleh search Aquaputra, mereka sentiasa ada intake baru untuk sijil ni. You're welcome. Thank you for dropping by :)

      Delete
    2. Waalaikumsalam. Pertama sekali, perlu ambil Bronze Medallion Certificate ataupun Sijil Pingat Gangsa. Ini keperluan paling asas. Boleh search Aquaputra, mereka sentiasa ada intake baru untuk sijil ni. You're welcome. Thank you for dropping by :)

      Delete

Post a Comment

Kongsikan juga pengalaman anda bersama kami!

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!