Nak berenang! Nak berenang!

(luahan hati seorang cikgu renang)

Seronok, tapi sebenarnya jauh di sudut hati geram tengok ramai orang berenang pergi balik pergi balik 50 meter.

Seronok sebab makin ramai orang, terutama sekali wanita (sebab saya perempuan, jadi saya bangga tengok ramai wanita berenang) boleh berenang. Tetapi dalam masa yang sama, geram. Geram sebab nak juga berenang macam mereka tu, berulang-alik dari satu hujung ke satu hujung. Sedangkan saya, kebanyakan masa akan tertumpu di satu tempat sahaja. Ketika mengajar, mestilah sepenuh perhatian diberikan pada pelajar. Tak boleh la, "Ok, bubble 100 kali (dan terus pergi berenang)". Ke boleh je? Kalau nak kena ketuk dengan big boss buatlah. Hahah!

Bubbling. Ha, duduklah tepi dinding tu tiup, tiup, tiup, dan tiup lagi. (Google)

Senangnya jadi cikgu eh... Teringat pula cerita P. Ramlee.
"Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola"
(Zzzzzzz........ Cikgu pun tidur......)

P. Ramlee, filem Masam-Masam Manis (Google)
Itulah. Hehe.... Boleh je suruh bubble sampai 100 kali, 200 kali, 300 kali, 400 kali, tapi apa gunanya kalau tak diperhatikan. Lagipun dah namanya jurulatih, memanglah kena tengok pelajar tu kan. Walaupun dalam hati membuak-buak nak berenang. Sejak kebelakangan ni, saya sering ditemani seorang lagi jurulatih bila pergi mengajar. Jadi bila saya sedang mengajar, kadang-kadang ternampak juga di ekor mata tu dia duk ulang-alik berenang. Bila dah habis kelas, cuma tinggal beberapa minit je lagi wisel nak ditiup (kolam tutup), jadi memang tak sempatla kan nak berenang....

"Buat berapa lap? ('lap' ialah dari satu hujung ke satu hujung, 50 meter)
"20"

-_-" Geram. Dengki. Tapi dengki bukan nak menjatuhkan, dengki yang membuatkan kita pun bersemangat nak berenang juga. Dengki positif. Hehe...

Jadi itulah, sebab itu saya mesti juga cuba cari masa untuk diri sendiri berenang. Kalau tengok jadual penuh, saya akan pastikan dapat satu dua lap pun jadilah. Cumanya kelas kadang-kadang 1 jam 30 minit, dan saya ni pulak selalunya tak akan lepaskan pelajar selagi saya tak capai target saya haritu. Banyak kolam yang hanya dibuka 2 jam setiap sesi, jadi bila dah habis kelas samada kolam nak ditutup ataupun hari dah makin panas, ataupun hari makin gelap, ataupun kolam dah penuh.

Seronok berenang ni... Kebanyakan pelajar saya yang dah pandai berenang mesti tak akan nak berhenti. Cubalah! Banyak kolam yang ada sesi khas perempuan (kalau segan).

Eh tapi jangan risau, ini sekadar perkongsian je. Jangan pula nanti dah baca ni ada yang rasa bersalah pulak sebab saya kena mengajar instead of berenang. Kalau mengajar tu mengajar la, dah habis masa berenanglah. Hehe ;)

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!