Posts

Showing posts from October, 2013

Kanak2 Istimewa (Autistic) dan Renang

Image
Salam Sejahtera semua, Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengajar kanak2 istimewa dan autistic berenang. Emm..boleh ke mereka ini berenang? Atau lebih kepada "main air" je? Atau pun sekadar terapi sahaja, seperti yang selalu kita dengar..water theraphy..? Saya mula terlibat dengan mereka pada tahun 2007.Ketika itu saya berkerja di Consist Offshore Training Center sebagai Lifeguard dan juga Swimming Instructor. Di situ saya bertemu dengan Mary,seorang pengusaha pusat pendidikan Autistic yang memberi khidmat latihan dan jagaan harian untuk kanak2 Austistic.Mary mempelawa saya untuk mengajar pelajar2 berenang kerana aktiviti air sangat di galakkan di segi  perubatan sebagai terapi untuk kanak2 Austistic. Pada mulanya saya agak ragu2 dan kurang yakin.Tak pasti bagaimana caranya untuk menghadapi golongan ini.Mary banyak membantu saya,memberi tunjuk ajar dan membanu saya berinteraksi dengan mereka. Walaupun agak sukar dan kadang2 rasa macam putus asa tapi bila melih

Kenangan saya.

KENAPA SAYA JADI JURULATIH RENANG? Salam sejahtera semua, semoga hari Sabtu ini memberikan kerehatan pada semua disamping keluarga. Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh menjadi inspirasi  kepada mereka di luar sana. Untuk mengambil peluang dan meneroka kemahiran yang sememangnya telah sedia ada di dalam diri  sendiri. Saya ni di besarkan di kampung. Rumah berdekatan dengan sungai.Zaman saya dulu bekalan air paip belum ada lagi, jadi sungai itulah segala-galanya buat kami d kampung. Membasuh,mandi, mencari rezeki dan juga membuang...teruk kan..Sebagai anak kampung sungai memang menjadi tempat lepak saya dan kawan-kawan. Pantang ada masa terluang,saya akan ke sungai menggagau anak ikan,memetik buah-buah ceri di tebing sungai atau main perang-perang dengan tanah liat yang di gali dari tebing sungai. Soal mandi berjam-jam di sungai tak usah kira lah,bukan setakat memongkah batu mengempang sungai, membuat berbagai-bagai aksi terjunan dari tepian tinggi,itu perkara bi

Pengenalan

Salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami yang baru di buka ini. Di sini kami ingin berkongsi ilmu dan maklumat seterusnya membantu anda semua di bidang air.  I RENANG di daftarkan secara rasmi pada tahun 2011. Beberapa tahun sebelumnya kami hanya beroperasi secara sambilan dengan mengadakan kelas-kelas renang secara percuma untuk kawan dan kenalan. Sambutan sangat menggalakkan dan kami mula mengambil pelajar-pelajar sekolah dan kumpulan korporat.  Kini I RENANG sudah berada di 3 lokasi dan mula menerima pelajar-pelajar yang berada di luar kawasan. I RENANG juga bersedia ke lokasi luar untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pengangkutan dan jurulatih. Kepakaran kami ialah membantu mereka yang menghadapi masaalah ketika berada di air seperti tidak tahu berenang, berat badan berlebihan, kecederaan otot, dan lain-lain. Kami juga membantu kanak-kanak istimewa menjalani terapi air.  I RENANG menyediakan pelbagai program untuk semua peringkat usia dan keupay