Posts

Showing posts from August, 2014

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Image
Kenapa Dayang Senandung ? Sebab by the end of training, muka menjadi sangat gelap, berkilat, dan hitam seperti Dayang Senandung (saya menjalani latihan di kolam renang terbuka). Kalau tak tahu, Dayang Senandung tu salah satu watak cerita melayu klasik tentang seorang anak raja yang mempunyai kulit yang gelap. Sijil Pingat Gangsa ni merupakan salah satu keperluan untuk menjadi penyelamat kelemasan (lifeguard) dan juga untuk membolehkan kita mengajar renang. Kita akan diajar cara menyelamatkan mangsa kelemasan dan juga bagaimana sekiranya berdepan dengan situasi cemas di dalam air.   Saya percaya, setiap lifeguard pasti ada kisah dan pengalaman sendiri mengambil Sijil Pingat Gangsa. Kali ini, biar saya kongsikan pengalaman saya sendiri :) Okay, kita mulakan dengan latihan . Saya menjalani latihan Sijil Pingat Gangsa ni pada tahun 2009 di Kolam Renang Sri Siantan di Selayang. Latihan adalah selama 3 MINGGU, 5 hari seminggu, 8 pagi hingga 5 petang rehat cuma untuk so