Posts

Showing posts from June, 2016

Kelebihan Bersenam di Dalam Air

Image
Bersenam di dalam air tidak hanya terhad kepada berenang. Senaman di dalam air sesuai untuk semua golongan; kanak-kanak, remaja, dan juga dewasa. Walaupun tidak pandai berenang, anda masih boleh melakukan aktiviti lain di dalam air seperti berjalan, berlari, dan juga melompat. Senaman di dalam air boleh dilakukan di dalam air paras pinggang dan juga di tempat dalam yang tidak boleh cecah kaki. Senaman di dalam air sebenarnya merupakan senaman yang lebih selamat jika dibandingkan dengan melakukan senaman di darat. Lebih-lebih lagi kepada warga tua ataupun mereka yang ada masalah dengan keseimbangan badan yang menyebabkan mereka cenderung untuk jatuh apabila melakukan aktiviti. Apabila melakukan aktiviti di darat, potensi untuk jatuh lebih tinggi. Kesannya juga lebih teruk; boleh menyebabkan luka, lutut terhentak, badan terhempas, dan sebagainya. Medium air yang kepadatannya lebih tinggi daripada udara boleh menyokong tubuh badan daripada jatuh. Kepadatan air yang lebih tinggi d

Kenapa Mesti Kelas Personal IRenang?

Image
Kelas ini biasanya diambil oleh mereka yang sibuk dan tidak dapat memberikan tumpuan yang tetap pada jadual program tetapi masih ingin belajar berenang. Ini kerana jadual program yang lebih fleksibel seperti hari dan  masa, juga lokasi boleh dirunding bersama jurulatih. Selain daripada jadual yang fleksibel, pelajar mendapat perhatian penuh dari jurulatih. Jurulatih akan memberikan tumpuan kepada pelajar bukan sahaja kepada teknik renangan tetapi juga meliputi perihal penjagaan kesihatan seperti rawatan pemulihan dari kecederaan. Ramai pesakit tulang belakang dan asma yang datang belajar berenang atas nasihat doktor perubatan. Kelas Renang Personal yang kami adakan bukanlah sekadar mengajar 1 atau 2 teknik renang tetapi meliputi setiap aspek situasi di dalam air. Pelajar diberikan pendedahan dari asas renang hinggalah kepada teknik menyelamatkan diri di air. Ini penting kerana walaupun sudah boleh berenang tetapi belum tentu boleh menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kecemas

IRenang ke Semporna..! (Part 3: Terapi dan Aktiviti Renang di Kolam Renang/ Laut)

Image
Sebelum berangkat ke Semporna, kami memang telah di maklumkan terlebih dahulu status pelajar-pelajar yang akan mengikuti program ini. Profil seramai 11 orang pelajar telah di ambil kira dan sebagai jurulatih, menjadi kewajipan kami merangka setiap modul yang bersesuaian dengan setiap pelajar. Walaupun masa yang diberikan  memang singkat tetapi kami cuba sedaya upaya untuk memberikan satu pendedahan awal kepada mereka. Terapi air bukanlah sekadar bermain air. Segala pergerakan di dalam air adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar. Oleh kerana itu kami perlu terlebih dahulu membuat penilaian terhadap setiap pelajar. Lokasi yang paling sesuai ialah di kolam renang. Disini setiap pergerakan dan kemampuan pelajar diambil kira. Pergerakan kaki, tangan, pernafasan dan keupayaan menerima arahan adalah antara yang di nilai. Selain dari itu jurulatih perlu memberikan latihan yang bersesuaian dengan setiap masalah pelajar. Umpamanya  pelajar yang jarang bercakap, perlu diberikan latihan

IRenang ke Semporna..! (Part 2: KD Sri Semporna, Kg. Tampi-Tampi, dan Pulau Bum-Bum)

Image
Walaupun kemudahan kolam renang sangat diperlukan untuk program kami, namun di saat akhir, Cikgu Nik Azri telah memaklumkan bahawa kolam renang di Pengkalan TLDM tidak dapat digunakan kerana beberapa alasan diberikan pihak tentera. Permohonan yang awalnya telah mendapat kelulusan secara lisan terbiar begitu sahaja. Tergamam kami seketika. Masa itu dah hari Rabu. Segala persiapan dah dibuat. Cikgu Nik kata tak apalah, datang melancong jelah... Hah iyelah tu! "TAK KISAHLAH MANA-MANA PUN ASALKAN ADA AIR..." Itu kata putus kami. Sampai macamtu sekali. Tak mengapalah. Kesemua sesi nak dijalankan di Kg. Tampi-Tampi pun bolehlah. Kami tetap akan datang. Terkilan memang sangat terkilan tapi nak buat macam mana. Eh, siapa sangka kalau dah rezeki... Masuk-masuk je kereta Cikgu Nik Azri pada malam ketibaan di Lapangan Terbang Tawau, "TLDM hantar surat balas, benarkan kita guna kolam renang."  Alhamdulillah... Kami memang teringin sangat nak bawa murid-murid ke kolam r