Kenapa Mesti Kelas Personal IRenang?
Selain daripada jadual yang fleksibel, pelajar mendapat perhatian penuh dari jurulatih. Jurulatih akan memberikan tumpuan kepada pelajar bukan sahaja kepada teknik renangan tetapi juga meliputi perihal penjagaan kesihatan seperti rawatan pemulihan dari kecederaan. Ramai pesakit tulang belakang dan asma yang datang belajar berenang atas nasihat doktor perubatan.
Kelas Renang Personal yang kami adakan bukanlah sekadar mengajar 1 atau 2 teknik renang tetapi meliputi setiap aspek situasi di dalam air. Pelajar diberikan pendedahan dari asas renang hinggalah kepada teknik menyelamatkan diri di air. Ini penting kerana walaupun sudah boleh berenang tetapi belum tentu boleh menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kecemasan.
Kelas juga dijalankan di tempat dalam untuk mempelajari teknik-teknik keselamatan di dalam air. |
Kelas Renang Personal sesuai bagi mereka yang sibuk dan perlukan jadual belajar yang fleksibel. |
Cukupkah 6 sesi? Dari pengalaman kami, lebih dari cukup. Ini kerana aspek tumpuan dan modul yang diberikan oleh jurulatih yang memang berpengalaman luas. Seperti yang kita sendiri ketahui, keupayaan setiap individu berbeza. Ada yang WATER PHOBIC, KECEDERAAN, PENYAKIT, dan lain-lain masalah PERGERAKAN.
"TAK PERCAYA BOLEH BERENANG DI TEMPAT DALAM SELEPAS HABIS 4 JAM SETENGAH SESI BELAJAR"
Feedback pelajar setelah tamat 6 sesi kelas. |
Feedback pelajar setelah tamat 6 sesi kelas. |
Feedback setelah baru satu sesi kelas. Pelajar diajar teknik pernafasan yang betul. |
Feedback pelajar yang moderate obese dan juga pernah nyaris lemas. |
Teknik mengajar kelas personal untuk setiap pelajar tidak sama, apatah lagi mengajar golongan dewasa yang lazimnya memang water phobic. Bukan setakat itu sahaja, tahap keyakinan mereka pada diri sendiri juga sangat rendah. Seringkali ucapan seperti "Ish.. Susahlah, tak bolehlah.. Kaki ni keraslah.. Nafas pendek" dan lain-lain diluahkan pelajar. Di sinilah kemahiran jurulatih di perlukan. Pengalaman luas jurulatih amat penting untuk menangani masalah yang timbul, tidak cukup sekadar sijil mengajar sahaja.
Jurulatih berenang bersama pelajar sebagai galakan. |
Ketika berenang, PERNAFASAN sangat penting. Bagaimana dengan golongan yang menghidap ASMA? Adakah sama teknik pernafasan mereka dengan golongan normal? Secara amnya memang sama, tetapi untuk golongan yang menghadapi masalah pernafasan seperti asma, autisme dan masalah pertuturan (speech therapy), teknik pernafasan yang betul sangat penting. Teknik menarik nafas dalam (deep breathing) perlu dilakukan dengan betul dan efficient. Jurulatih akan memastikan segala teknik ini dilakukan dengan betul.
Kelas Renang Personal adalah antara program IRENANG yang terbaik dan mendapat ulasan ramai pelajar yang telah menyertainya. Pelajar mencapai kejayaan bukan sahaja dari segi mental tetapi juga fizikal. Mereka berupaya berenang dengan baik walaupun mempuyai tahap kesihatan yang kurang di awal pendaftaran. Nasihat saya, belajarlah berenang semasa masih sihat, jangan tunggu sehingga kecederaan berlaku baru nak belajar. Seringkali BERENANG menjadi pilihan akhir, itupun atas nasihat doktor... HUHUHU..
BELAJAR BERENANG SEKALI JE SEUMUR HIDUP.. LIFE SKILL..
-Puan Sarimah, Pengasas dan Ketua Jurulatih IRenang
Comments
Post a Comment
Kongsikan juga pengalaman anda bersama kami!