Susahnya nak terapung!!!

And we (instructors) laughed.

Terapung lah skil paling senang! Itu yang paling asas dan paling mudah tapi bukan sekali dua kami dengar orang kata tak boleh terapung.

"Saya boleh berenang, tapi tak boleh terapung."

Untuk berenang itu sendiri, anda kena terapung. Secara mudahnya, terapung bagi saya ialah apabila kaki anda tak sentuh lantai. Cukup. Kaki senget, tangan senget tak mengapa asalkan tak cecah lantai. Itu namanya TERAPUNG.

Semua orang boleh terapung.
SEMUA ORANG BOLEH TERAPUNG.

Ya. Cuma keadaan dan posisi badan ketika terapung itu berbeza. Ia bergantung pada banyak faktor, dan antaranya ialah keadaan bentuk fizikal seseorang. Secara amnya perempuan lebih senang terapung berbanding lelaki.

Kenapa? Sebab perempuan lebih banyak peratusan lemak di dalam badan berbanding lelaki. Hehe... Jadi faham-fahamlah orang bagaimana yang lebih senang terapung. Ketika menjalani latihan penyelamat kelemasan, 'mangsa' saya ialah seorang bomba yang berbadan sasa seperti atlit. Tak banyak lemak, banyak otot.

Bila dalam air, apa yang buatkan kita laju ialah bila kurang daya geseran di dalam air (water resistance). 'Mangsa' saya ni jenis yang terapung kaki ke bawah, nak tarik dia memang ibarat menarik batu bata! Bayangkan nak tarik orang, melawan daya geseran air yang berat tu... Jadi dia nak tolong saya, dia tendangla sikit-sikit di dalam air tu (bila jurulatih tak perasan).

Okay. Bagaimana nak terapung tu senang je.

Masukkan muka dalam air, tunggu, tunggu, tunggu, nanti kaki akan naik perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat kaki naik, masukkan keseluruhan muka hingga telinga tenggelam. Kepala mengadap lantai kolam. Kaki dah naik, hah terapung lah tu!

Tapi... Itu terapung gunakan apa yang ada di badan. Maksudnya kalau banyak lemak, lemaklah tu. Dan bila gunakan apa yang ada tu, tak akan boleh ataupun susah nak kekal lebih lama dalam air dalam keadaan terapung.

Jadi, kita kena ambil nafas. Simpan udara dalam badan banyak-banyak. Ibaratkan badan seperti belon yang akan terbang setelah diisi dengan angin. Buka mulut, tarik nafas dalam-dalam... Dalam-dalam. Bukan dari hidung. Tak cukup. Tarik nafas dalam-dalam dan masukkan muka dalam air. Tunggu. Duduk diam-diam. Badan akan mula naik/ timbul. Lebih cepat daripada sebelumnya dan juga boleh lebih lama dalam air. Oh ya, mesti RELAX. Lembutkan badan dan biarkan ia terapung. Macam saya kata tadi, duduk diam-diam.

Boleh juga minta kawan tengokkan terapung tak. Kalau terapung, bagaimana keadaan anda terapung tu. Ambil nafas banyak-banyak, masukkan muka dalam air, duduk diam-diam. Itu je. Kan senang?

Terapung ada banyak cara; menegak, menelentang, meniarap... Boleh cuba sendiri. Prinsip sama je. Ambil nafas banyak-banyak dan tunggu. Silakan mencuba ya!

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...