Posts

Showing posts from December, 2015

Swimming is a skill

Image
Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada semua pelajar Kelas Renang Intensif 2015 kerana berjaya menamatkan kelas selama dua minggu dengan jayanya. Semuanya dah boleh berenang! Alhamdulillah. Dah pandai berenang ni, mesti pergi berenang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Banyak kali kami ingatkan, setiap student kami ingatkan. KEEP SWIMMING. Kenapa? Sebab kalau tak pergi berenang, nanti LUPA. Sebab, berenang ialah satu kemahiran! Maksudnya, lagi banyak buat latihan, lagi bagus. Lagi kerap buat, lagi ingat. Kalau tak buat, tak ingat. Kalau tak buat, lupa. Apa-apa kemahiran pun kalau lama tak buat akan lupa. Memang rasa sedikit 'frust' sebagai jurulatih bila kita dah latih pelajar. Berenang pun dah cantik, tapi habis kelas je, tak pergi kolam langsung. Bila jumpa balik, gerakan kaki entah kemana, nafas kemana.. Kelam kabut! Practice practice practice! Practice makes perfect, banyak kali kami tekankan. Bila tak buat latihan, lupa. Itu yang kena belajar balik tu. Saya