Swimming is a skill

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada semua pelajar Kelas Renang Intensif 2015 kerana berjaya menamatkan kelas selama dua minggu dengan jayanya. Semuanya dah boleh berenang! Alhamdulillah. Dah pandai berenang ni, mesti pergi berenang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Banyak kali kami ingatkan, setiap student kami ingatkan. KEEP SWIMMING.

Kenapa? Sebab kalau tak pergi berenang, nanti LUPA. Sebab, berenang ialah satu kemahiran! Maksudnya, lagi banyak buat latihan, lagi bagus. Lagi kerap buat, lagi ingat. Kalau tak buat, tak ingat. Kalau tak buat, lupa. Apa-apa kemahiran pun kalau lama tak buat akan lupa.

Memang rasa sedikit 'frust' sebagai jurulatih bila kita dah latih pelajar. Berenang pun dah cantik, tapi habis kelas je, tak pergi kolam langsung. Bila jumpa balik, gerakan kaki entah kemana, nafas kemana.. Kelam kabut!

Practice practice practice! Practice makes perfect, banyak kali kami tekankan.


Bila tak buat latihan, lupa. Itu yang kena belajar balik tu. Saya sendiri pun banyak kali ambil kelas renang. Sebab asyik belajar berhenti belajar berhenti je. Pertama kali belajar masa umur 11 tahun. Dah pandai semua stroke, berhenti kelas sebab nak fokus pada UPSR. Padahal jurulatih dah suggest sambung ke competitive dah. Bila dah berhenti.. Berenang pun kadang-kadang je. Dahla kadang-kadang je berenang, bila berenang pulak memilih stroke. Walaupun dah belajar keempat-empat swimming strokes, tapi saya paling suka breaststroke. Jadi setiap kali kalau berenang memang akan berenang breaststroke je... Lagi 3 strokes tinggal habis. Hahahah! Saya yakin mesti ada jugak orang yang macam ni, kan? 

Seingat saya, 3 kali saya belajar berenang. Masa umur 11 tahun, 16 tahun, dan paling terkini masa umur 20 tahun. Sebab nak ambil Sijil Pingat Gangsa, jadi kena polish balik freestyle supaya laju sikit berenang. Tapi jujur saya katakan, sepanjang ambil ujian tu, baik 300m ataupun towing with time, saya gunakan breaststroke je. Betul...

Jadi berbalik pada point asal, SWIMMING IS A SKILL. Kita boleh belajar berenang, tak kira pada umur berapa pun. Ia adalah kemahiran. Kalau rajin berlatih, kena gayanya, memang boleh mahir. 

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!