Kelas kanak-kanak bawah umur 6 tahun


Apakah yang perlu di ajar kepada kumpulan umur ini dan bolehkah mereka berenang dgn baik? Bagaimana dengan seawal usia 2 bulan? Bolehkah mereka memahami apa yang jurulatih sampaikan?Bagaimana pula dengan peranan ibubapa yang rata- rata ingin melihat anak- anak seawal usia 2 bulan berenang seperti yang di lihat di negara barat?

Lumrah mengetahui di awal kejadian bayi memang di selaputi oleh bendalir ketika di dalam kandungan ibu. Atas dasar inilah kita menganggarkan bahawa bayi sememangnya selesa dengan persekitaran air. Boleh mengapungkan diri dengan baik dan sangat selesa berada di dalam air.

Pendidikan awal untuk kanak- kanak perlu di mulakan sejak bayi lagi. Ketika proses memandikan bayi, gunakan air suam dan cuba berinteraksi dengan bayi ketika memandikan mereka. Sebagai contoh, ketika membasuh muka bayi, gunakan kiraan 1,2,3.Walaupun bayi masih belum memahaminya, tapi itu sebagai persediaan untuknya menerima kehadiran air kemuka. Elakkan menjirus terus ke muka bayi, ini akan memberikannya kejutan. Ketika usia bayi meningkat 6 bulan, sediakan mainan air yang boleh terapung.

Bayi yang berusia 6 bulan sudah boleh di bawa kekolam renang tetapi ibubapa perlu memberikan perhatian terhadap keselamatan mereka. Suhu air jangan terlalu sejuk dan pakaikan pakaian renang yang sesuai seperti pakaian ' wet suit' yang lebih tebal dari pakaian renang biasa. Ini untuk mengelakkan kulit bayi dari terdedah kepada klorin kolam renang.


Kita sering kali melihat bayi yang di pakaikan dengan pelampung lengan dan ada juga yang menyarungkan bayi dengan pelampung bulat. Sebenarnya, penggunaan pelampung tidak selamat. Bayi mudah terbalik atau tertiarap ke depan apabila di tolak air. Kes bayi lemas kerana tertiarap dengan pelampung sering berlaku.

Pengawasan ibubapa penting ketika membawa bayi kekolam renang. Bawa mereka kekolam kanak-kanak dan banyakkan bermain dengan mereka. Cuba teknik curahan air ke kepala mengikut kiraan atau bunyian. Perkenalkan kepada mereka teknik penggunaan kaki dan tangan. Tolak, tarik, pusing dan kocakkan air, semuanya merupakan asas ketika bergerak di dalam air. Begitu juga pergerakn kaki. Biar bayi melakukan sepakan dan tolakan air dengan kaki.

Ibubapa boleh memegang bayi dengan keadaan posisi bayi meniarap, kepala bayi di atas bahu. Biarkan bayi melakukan pergerakn kaki dan tangan. Untuk melatih bayi memasukkan muka kedalam air, buat kiraan sebagai persediaan. Elakkan menenggelamkan kepala bayi terlalu lama. Cukup untuk 3 saat sahaja. Secara beransur- ansur tingkatkan bilangan sehingga bayi boleh bertahan untuk kiraan 10.

Pada usia kanak- kanak di bawah 6 tahun, penting untuk mereka mengetahui cara menyelamatkan diri dari lemas. Teknik renang yang biasa tidak sesuai dan tidak perlu bagi mereka ketika usia begini. Teknik menyelamatkan diri supaya tidak tenggelam dan boleh mengapungkan diri, seterusnya boleh bergerak ketepi kolam atau dinding kolam perlu di beri perhatian terlebih dahulu. Begitu juga dengan teknik pernafasan.


Bayi masih belum boleh bernafas seperti membuat  ' bubble'. Teknik menahan nafas adalah lebih mudah  bagi mereka. Ketika terapung, bayi akan menahan nafas dan melakukan pergerakn tangan dan kaki untuk bergerak. Seterusnya, bayi perlu membalikkan badan untuk mengambil nafas dan meniarap semula untuk bergerak. Proses ini memerlukan latihan. Teknik ini juga lebih di kenali dengan nama 'survival swim', berenang untuk keselamatan. Saya sering menggunakan teknik ini untuk kanak-kanak di usia 5 tahun ke bawah.

Setelah melaui modul ini, yang mungkin mengambil masa 3 hingga 6 bulan, barulah dierkenalkan dengan modul renang yang asas.


Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!