Posts

Showing posts from December, 2014

Sambutan Harijadi Qaisara

Image
SELAMAT HARIJADI QAISARA! Harijadi Qaisara yang ke lapan tahun pada 24 Disember 2014. Seminggu sebelum hari jadinya lagi dia dah ingatkan kami semua... Jadi kami dah jangkakan, ni mesti nak buat sambutan di kolam ni... Hahah. Qaisara merupakan peserta Sesi 3 Program Renang Intensif 2014. Dalam program ni, peserta program akan pergi balik dengan jurulatih. Sehari sebelum harijadinya, Qaisara tidak hadir ke kelas kerana ada hal. Kami semua sebenarnya dah tergelak-gelak dah sesama sendiri kerana nanti kami semua siapkan macam-macam tapi dia pula tak datang. Yang paling beriya-iya, Sabrina. Sejak tahu harijadi Qaisara, setiap hari dia nyanyi lagu 'happy birthday' dalam kereta! Memandangkan dah diingatkan banyak kali tentang harijadinya, kami jurulatih ni pun rasa macam jomlah kita buat sambutan, makan-makan sikit. Jadi petang tu dah beli dah bahan nak masak. Tak sangka pula tengah-tengah malam saya dapat panggilan daripada mak Qaisara mengatakan esok nak bawa kek! Wah...