Sambutan Harijadi Qaisara


SELAMAT HARIJADI QAISARA!

Harijadi Qaisara yang ke lapan tahun pada 24 Disember 2014. Seminggu sebelum hari jadinya lagi dia dah ingatkan kami semua... Jadi kami dah jangkakan, ni mesti nak buat sambutan di kolam ni... Hahah.

Qaisara merupakan peserta Sesi 3 Program Renang Intensif 2014. Dalam program ni, peserta program akan pergi balik dengan jurulatih.

Sehari sebelum harijadinya, Qaisara tidak hadir ke kelas kerana ada hal. Kami semua sebenarnya dah tergelak-gelak dah sesama sendiri kerana nanti kami semua siapkan macam-macam tapi dia pula tak datang. Yang paling beriya-iya, Sabrina. Sejak tahu harijadi Qaisara, setiap hari dia nyanyi lagu 'happy birthday' dalam kereta!

Memandangkan dah diingatkan banyak kali tentang harijadinya, kami jurulatih ni pun rasa macam jomlah kita buat sambutan, makan-makan sikit. Jadi petang tu dah beli dah bahan nak masak. Tak sangka pula tengah-tengah malam saya dapat panggilan daripada mak Qaisara mengatakan esok nak bawa kek! Wah... Memang sungguh-sungguh nak sambut ni! Paginya tu jurulatih, Puan Sarimah masakkan lah pasta goreng. Dan Sabrina pula bawa Twisties pek besar, nak kongsi dengan kawan-kawan..

Sangkaan saya, mesti sebelum ni tak dapat sambut dengan kawan-kawan sebab harijadi jatuh pada cuti sekolah... Heh. Mereka semua pun dah rapat, maklumlah pergi balik sama-sama.

Abang Qaisara, Aiman kurang sihat dan tak datang kelas pada hari Isnin dan Selasa, tapi kami jurulatih ni dah agak dah mesti masa sambutan harijadi (Rabu) tu dia datang. Kalau tak masuk kelas pun, mesti datang makan sekali. Heh. Heh... Tepat jangkaan kami!

Jamuan makan dimulakan selepas tamat kelas. Mak Qaisara datang dengan adik-beradiknya yang lain, membawa nasi lemak yang sedap, air teh panas, vitagen, dan kek! Nikmatnya makan selepas berenang...

Nampak semua orang pun berselera makan. Hahah... Maklumlah sejuk-sejuk, lapar. Pucuk dicita ulam mendatang! Terima kasih banyak-banyak pada mak Qaisara.

Bila dah makan tu, ada yang nak masuk balik dalam air. STRICTLY NO! TAK BOLEH! Ya, saya tau memang biasa dibuat orang, makan lepas tu masuk balik dalam air. Naik atas, makan lagi. Ada tu sambil dalam air, disuapkan makanan. Tak boleh... Tak boleh.

Kenapa? Sebabnya makanan masih belum hadam. Boleh menyebabkan anda tercekik. Bila berada di dalam air, tekanan air boleh menolak makanan keluar. Pernah terjadi satu kes dimana ada orang lemas dan mereka menjumpai tulang ayam tersangkut di tekaknya. Dan kalau anda belajar CPR juga, pernah tak dengar jurulatih suruh periksa dulu dalam mulut ada apa dulu baru beri bantuan pernafasan? Haa... Itu sebabnya sebab makanan yang tersekat juga boleh sebabkan gangguan pernafasan. Selain itu, kalau makan makanan berat sebelum berenang, mesti akan cepat penat! Sebab tenaga digunakan untuk mencernakan makanan berbanding untuk melakukan pergerakan.

Jadi selepas makan je, kami semua terus tukar baju dan bersiap untuk balik. Dalam kereta jangan cerita la... Memang bising! Maklumlah dah sangat bertenaga..


Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!