Pertama kali mengajar kanak-kanak berenang yang ramai (sambungan)

Orang selalu tanya saya "Ajar budak-budak ke dewasa lagi susah?"

Jawapan saya, depends. Terpulang. Ada kanak-kanak yang kecil tapi semangat tinggi! Walaupun kaki tak cecah lantai, dia berani je nak lompat-lompat atau jengket. Lagi berani daripada yang badan besar pun... Menggigil-gigil duduk tepi kolam. Oh! Kadang-kadang budak ni menggigil bukan sebab sejuk je, tapi sebab takut jugak. Takut tempat dalam ke, takut dengan cikgu ke..

Jadi, berbalik pada cerita haritu...

Saya bawa budak-budak/ pelajar saya tu ke kolam kanak-kanak sebab kolam tu lebih cetek. Jadi semua orang boleh cecah lantai dan berdiri, boleh duduk dalam air tu. Tak sejuk dan lagi satu tak payahla tunggu ikut turn je.. Kalau di tempat dalam tu, kena satu satu. Dah buat, naik. Tunggu orang lain pulak buat.

Cuma masalahnya nak buat atau tak je. Macam saya kata dalam post sebelum ni, mereka memang cukup seronok bila sampai ke tempat cetek tu. Melompat-lompat, berlari-lari... Nak dapatkan attention mereka untuk ajar memang susah. Ini kumpulan budak-budak yang aktif tau, bukan yang jenis duduk dan tunggu arahan tu. Sentiasa nak bergerak. Menggeliting dalam air tu.

Jadi to keep them moving dan pada masa yang sama objektif kelas dicapai, saya buat game. Monster walk, spiderman... Lumba lari, lompat katak... Tapi ada juga beberapa game yang kurang mendapat sambutan, nak pulak yang melibatkan masukkan muka dalam air. Ha.. Masa ni lah saya sedikit kekeringan idea dan akhirnya tawarkan ganjaran. Itu yang saya mula janjikan hadiah. Siapa yang boleh buat saya bagi coklat. Choki-choki je pun, tapi budak-budak tetap suka. Dan mereka ingat, okay! Saya betul tak sangka minggu depannya tu mereka tuntut. Tapi saya memang dah bawa siap-siap la. Oh. Ada juga yang sanggup tunggu saya keluar bilik air lepas kelas untuk minta hadiah tu. Kiranya memang berkesan sangat taktik saya tu. Hehe...

Hm. Ada lah 2 atau 3 kali saya gunakan idea tu. Hadiah kalau boleh buat, hadiah siapa paling cepat, hadiah siapa tahan nafas  paling lama dalam air... Pertandingan antara 2 kumpulan, siapa menang dia dapat hadiah.. Choki-choki satu peket ada dalam 5, masa tu RM1 je sepeket. Student saya je yang ada hadiah macamtu, student instructor lain tak ada pun.. Hahah...

Walaupun ganjaran membantu tapi sebenarnya bukan semua yang termakan dengan idea saya tu... Kalau dah takut tu takut juga. Mesti juga kena buat satu, satu dengan dia bagi dia rasa selesa dalam air. Kiranya macamnilah, kita fikirkan intrinsic dan extrinsic motivation. Kalau dia sendiri dah suka dengan air, tak perlu ganjaran apa pun mesti dia akan usaha. Ada sesetengah tu tak pernah tau keseronokan dalam air kerana mungkin tak pernah lagi ke kolam. Jadi itulah tanggungjawab instructor untuk bagi budak tu rasa keseronokan instead of ketakutan. Ibu bapa pun boleh sebenarnya. Bagi anak tu rasa seronok main dalam air, jangan paksa kalau dia belum ready. Sikit-sikit... Banyakkan permainan dan beri galakan padanya.

Bila ganjaran berbentuk material dah tak boleh apply sangat, saya mula fikirkan cara lain. Perbincangan dan pemerhatian cara-cara instructor lain mengajar banyak mainkan peranan. Mengajar ni kena kreatif, mereka kata. Kena guna banyak cara. Tak boleh cara ni, cuba cara lain. Sebab tulah pengalaman banyak membantu. Bila kita tengok keadaan macamni, boleh tukar cara lain. Begitulah sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!