Program Renang Intensif 2014- Catatan Kenangan

Program renang intensif pada cuti sekolah hujung tahun lepas merupakan program yang paling bermakna dan paling saya tak boleh lupakan bagi tahun 2014! Itulah satu-satunya dan KALI PERTAMA program renang kami yang menyediakan pengangkutan! Sudahla pengangkutan disediakan, yang memandunya pula JURULATIH itu sendiri.

Ya, saya merupakan antara jurulatih dan juga pemandunya.

Idea jemput hantar ni timbul bila dah banyak kali kami buat program cuti sekolah dan masalah utama ialah pengangkutan. PERTAMA, ibu bapa bekerja, cuma anak-anak yang bercuti. Tiada siapa boleh hantar dan tunggu anak di kolam selama 1 atau 2 jam masa hari bekerja. KEDUA, kolam. Keadaan kolam renang yang tak boleh nak jangka. Kadang-kadang bila sampai kolam, rupanya ditutup sebab rosak ataupun kotor. Pagi semalam elok, eh pagi esoknya dah tutup! Jadi... Bila buat program jemput hantar ni, kalau kolam tutup, senang jurulatih boleh angkut pelajar ke kolam lain. Tak payah cancel kelas.

Sebenarnya dah lama nak buat program jemput hantar ni tapi asyik ditangguhkan. Alhamdulillah kali ni dapat juga jalankan.

Pada mulanya kami nak buka 2 sesi je, tapi selepas sesi pertama, makin banyak pula permintaan hingga akhirnya kami buka sampai 3 sesi. Mungkin idea ni masih baru, betul ke pengangkutan disediakan ni.... Bila dah banyak update di Facebook dan Instagram, nampak gambar jurulatih hantar terus ke rumah, barulah ibu bapa percaya.  


Ini gambar masa hantar pelajar ke rumah, bibiknya yang tandatangan. Pick up point di sekolah terpilih dan juga stesen minyak yang berdekatan, tapi drop off memang terus ke pintu rumah! Dengan syarat, mesti ada orang dewasa yang menunggu di rumah. Sebab apa pun yang paling penting ialah keselamatan.

SEPANJANG tiga sesi Program Renang Intensif 2014 ni, macam-macam ragam! Macam-macam kerenah! Setiap sesi tu ada cerita tersendiri. Tapi tak apa, kami semua anggap tu sebagai pengalaman dan juga pengajaran untuk lebih memperbaiki servis. Hehe... Kalau tak cuba tak tahu kan?

SESI 1 ada empat orang peserta; Khadijah, Huda, Azhad, dan Ahnaf. Sebenarnya memang kami had kan empat orang je memandangkan pergi kolam dengan kereta, bukan van atau bas. Saya memang perasan pada hari pertama memang masing-masing akan senyap. HARI PERTAMA SAHAJA. Masing-masing muka takut, diam, senyap je. Nak pula kami guna highway, keluar tol. Mesti ingat nak pergi jauh. Mereka semua ni pun kebanyakannya tak pernah pergi ke kolam renang tu. Dalam 15 minit dah boleh sampai dah kolam tu.


Azhad, Ahnaf, Khadijah, dan Huda. Empat orang peserta Sesi 1.

Kami juga faham kebanyakan ibu bapa bekerja, mesti nak tahu anak dah sampai rumah ke belum. Jadi setiap kali dah hantar mereka semua ni pulang ke rumah, kami akan sms ibu atau bapa mereka. Ada masanya sedikit lambat sebab bagi budak-budak tu semua main sekejap. Selalunya hari terakhir minggu tu baru kami bagi main lama sikit (Khamis).

Saya masih ingat hari PERTAMA program bagi Sesi 1. Bila nak hantar mereka semua balik saya masih belum biasa lagi kawasan rumah mereka ni. Akibatnya memang berpusing lah satu Bangi. Dari Seksyen 7 patah balik pergi Seksyen 3 kemudian ke Alam Sari padahal kalau nak ikut efficient patutnya hantar yang di Alam Sari tu dulu sebab paling dekat dengan Tol Bangi. Nasib baik dua orang tu adik-beradik, jadi 3 rumah jela. Heh, Heh... Keesokan hari dan seterusnya baru boleh hantar cepat sikit sebab hantar ikut satu laluan je, tak berpusing-pusing. Pada hari terakhir je buat perlumbaan di kolam, siapa sampai dulu dia akan dihantar pulang dulu.

Macam-macam... Ada yang baca komik dalam kereta, ada yang ikut menyanyi sekali lagu di radio, ada yang duduk diam je. Tapi yang duduk diam tu sebenarnya awal-awal je... Semua sesi macamtu. Hari pertama je, hari kedua dah mula riuh. Mulalah berborak tanya itu ini. Saya jadi pemandu untuk Sesi 1 je. Sesi 2 dan 3, jurulatih lain, iaitu Puan Sarimah sendiri. Bila bawa budak-budak ni, saya jadi lebih berhati-hati. Sangat berhati-hati! Maklumlah bawa anak orang. Lega sungguh bila dapat hantar semua pelajar tu dengan selamat di rumah masing-masing. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Memang bersyukurnya yang teramat! Saya tak pernah membawa anak kecil dalam kereta jadi kurang peka tentang aplikasi macam child lock di pintu dan cermin tingkap. Tapi bila nak bawa peserta ni, semua saya periksa. Hinggakan untuk tol pun saya gunakan SMART TAG supaya tak perlu susah payah. Hassle-free.

Betul, jujur saya katakan memang lega sangat bila dah hantar semua pelajar dengan selamat di rumah kerana tanggungjawabnya semua dibawah saya. Apabila ibu bapa atau penjaga dah tandatangan pagi tu, bermula itulah mereka dibawah tanggungjawab I Renang. Tapi sebenarnya elok juga bila pergi balik dengan jurulatih ni sebab bila dalam kereta banyak boleh cakap lagi. Kadang-kadang main buat je apa yang jurulatih suruh tapi tak ingat sangat apa nama skil tu. Jadi bila dalam kereta kita boleh ingatkan dia lagi.

Pada sesi kedua satu rumah je, 3 beradik. Lagi seorang pula memang tinggal dekat dengan kolam, tak perlukan pengangkutan. Saya jadi co-pilot bermula minggu kedua kerana pada minggu pertama masih terikat dengan Sesi 1. Untuk sesi ni tunggu di tepi jalan depan rumah, ayahnya akan hantar mereka dalam perjalanan nak pergi kerja. Bila balik macam biasalah, hantar terus ke rumah.

SESI 3. Ha. Sesi 3 inilah yang paling bising dalam kereta! Untuk Sesi 3 ni, saya cuma co-pilot. Tapi walaubagaimanapun, bila bising tu pening juga lah sikit. Kali ni ada yang kena tinggal. Dua sesi sebelum ni tak ada yang kena tinggal sebab walaupun ada dua pick up point, tapi yang tempat pertama tu awal. Kalau lambat pun, saya terus minta ibu bapa hantar ke point kedua. Kami memang pentingkan ketepatan masa. Saya rasa semua orang pun tahu walaupun lambat hanya beberapa minit je, kereta dah bersusun panjang. Untuk Sesi 3, memang tepat je pukul 7.30 pagi tak ada di depan sekolah tu, kami terus gerak. Ini untuk berlaku adil pada semua pihak kerana telah dijanjikan untuk menjemput pelajar lain di lokasi lain. Pelajar itu juga dihantar oleh ibu bapanya yang bekerja. Jadi kalau lambat, tak adil pada ibu bapa yang lagi satu tu nanti akan terlibat lambat sekali. Peserta itu datang dari Seri Kembangan, tetapi ibu bapanya bekerja di Bangi, jadi tempat berkumpul di lokasi lain. Terharu juga ibu bapa sanggup nak hantar anaknya berenang dengan kami, dari jauh tu.

Pada SESI 3 ini jugalah kami pindah kolam. Sampai je kolam nampak tanda kolam tutup, apa lagi bergeraklah kami ke kolam renang di PUTRAJAYA. Dah maklumkan pada ibu bapa dan penjaga, kami pun terus bergerak. Macam lawatan sekolah. Seronok la mereka tu, dapat pergi kolam lain. Hahah...

Sebenarnya ntuk program ni, memang kami tak siapkan makanan sekali tapi biasalah, lepas berenang memang akan lapar. Jadi kadang-kadang saya bawa roti, kadang-kadang saya bawa cekodok, paling kurang pun bawa biskut. Pernah sekali saya cuma dapat makan sekeping je roti, yang lain habis dibedal budak-budak tu. Saya faham, lapar kan. Macam saya katakan, awal-awal je malu. Masuk hari kedua ketiga, pagi-pagi dah tanya "Cikgu bawa bekal apa harini?" 


Peserta Sesi 3 Program Renang Intensif 2014. Untuk sesi ni, saya melatih yang sedikit advance manakala Puan Sarimah pula melatih yang betul-betul beginner. Dah penghabisan kelas, semuanya dah nampak macam perenang hebat, kan? Hehehe...


Selesai Sesi 1, 2, dan 3, kami bersyukur dapat banyak maklumbalas positif dari ibu bapa dan penjaga. Kebanyakannya mengakui memang menyenangkan. Kadang bukan kedua ibu bapa bekerja, tapi ibu sibuk menjaga adik-adik kecil di rumah, tak ada siapa yang boleh jemput hantar dan tunggu mereka belajar di kolam. Kami pun turut rasa seronok sebab dapat tolong ringankan tugas mereka disamping mereka semua ni ada aktiviti masa cuti sekolah. Ramai juga yang risau prestasi anak-anak. Ya kami faham sebab tak tengok sendiri jadi tak tahu, tapi anak mereka memang dah boleh berenang, prestasi pun bagus. Jadi kami cuba selit sikit ambil gambar dan rekod video. Budak-budak ni pun bila kata "Cikgu rekod nak tunjuk kat mak ayah ni", lagi lah bersemangat nak buat betul-betul! Hahah...

Kalau ada yang masih belum tengok gambar-gambar mereka ni, boleh lihat album di Facebook IRENANG18- PROGRAM RENANG INTENSIF2014 ataupun di Instagram irenang_18 #programrenangintensif2014.



Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!