Posts

Showing posts from November, 2016

Panduan Memilih Pakaian Renang (Wanita)

Image
Sekarang bukan macam dulu lagi. Kalau dulu, nak mencari pakaian renang yang muslimah memang susah. Masih saya ingat dulu, kalau untuk perempuan ada pun yang menutup sikit yang one piece baju dan seluar, full swimming suit .... Dulu pun saya pakai yang itu juga. Waktu kecil, zaman sekolah rendah pakai yang tu, waktu ambil Sijil Pingat Gangsa umur 20 tahun pun pakai yang itu. Memang menutup semua, tapi disebabkan dia macam overall, agak malu sikit di bahagian pinggang ke bawah tu. Cuma kelebihan baju seperti ini ialah ia dapat mengurangkan rintangan air/ water resistance/ drag ketika berenang. Selain itu, tak perlu juga bersusah-susah bawa banyak helaian pakaian. Mana nak bawa baju lagi, seluar lagi. Okay, sekarang ni memang banyak sangat pilihan pakaian renang muslimah . Selalunya bila kata muslimah tu, fesyennya begini; baju labuh, seluar panjang, dan swimming hood (menutup leher). Tapi itupun, ada banyak jenis. Macam-macam rekaan. Disini saya berikan beberapa panduan memilih, be

Pengambilan Kedua IRenang Aquatic Centre

Image
Alhamdulillah... Memasuki bulan November, minggu lepas ramai pelajar baru memulakan kelas di IRenang Aquatic Centre. Pelajar-pelajar pengambilan pertama ramai yang dah berjaya tamatkan program, tinggal nak ambil sijil je. Sebuah majlis khas penyampaian sijil akan diadakan nanti. Sejak dah ada papan tanda, nampaknya ibu bapa lebih senang nak cari lokasi kami. Sekarang tak ada lagi yang terjenguk-jenguk dulu sebelum masuk. Heheh... Sempat juga saya berbual dengan beberapa ibu bapa pelajar baru semalam. Rata-rata menyatakan idea ini bagus; kelas renang personal kanak-kanak dengan waktu yang fleksibel. Maklumlah, kalau di kolam renang awam, tambahan pula sekiranya kelas dijalankan ketika waktu sesi kolam dibuka pada orang awam, memang sesak dan susah pelajar nak fokus. Kami faham... Pengalaman mengajar bertahun-tahun di public pool membuahkan idea ni. Ada pelajar semalam yang datang dari Cheras, tapi ramai juga yang dari sekitar Bandar Baru Bangi je. Alhamdulillah, kami dapat memudah