IRenang ke Semporna..! (Part 2: KD Sri Semporna, Kg. Tampi-Tampi, dan Pulau Bum-Bum)

Walaupun kemudahan kolam renang sangat diperlukan untuk program kami, namun di saat akhir, Cikgu Nik Azri telah memaklumkan bahawa kolam renang di Pengkalan TLDM tidak dapat digunakan kerana beberapa alasan diberikan pihak tentera. Permohonan yang awalnya telah mendapat kelulusan secara lisan terbiar begitu sahaja. Tergamam kami seketika. Masa itu dah hari Rabu. Segala persiapan dah dibuat. Cikgu Nik kata tak apalah, datang melancong jelah... Hah iyelah tu!

"TAK KISAHLAH MANA-MANA PUN ASALKAN ADA AIR..."


Itu kata putus kami. Sampai macamtu sekali. Tak mengapalah. Kesemua sesi nak dijalankan di Kg. Tampi-Tampi pun bolehlah. Kami tetap akan datang. Terkilan memang sangat terkilan tapi nak buat macam mana. Eh, siapa sangka kalau dah rezeki... Masuk-masuk je kereta Cikgu Nik Azri pada malam ketibaan di Lapangan Terbang Tawau, "TLDM hantar surat balas, benarkan kita guna kolam renang." 

Alhamdulillah... Kami memang teringin sangat nak bawa murid-murid ke kolam renang. Maklumlah, mereka tak pernah langsung ke kolam renang. Program kami pada hari kedua di Semporna berubah serta-merta!

Asalnya hanya mahu melihat Kg. Tampi-Tampi dan Pulau Bum-Bum sahaja, nak simpan tenaga untuk program intensif selama dua hari tu nanti. Tapi disebabkan memikirkan anak-anak Pulau Bum-Bum tu yang memang tak pernah ke kolam renang, dan mungkin inilah kali pertama dan terakhir dalam hidup mereka, kami gagahkan juga. Lagipun bukan senang nak dapat kebenaran menggunakan kolam renang tentera ni!

Awal pagi lagi selepas bersarapan, kami ke KD Sri Semporna Pengkalan TLDM untuk berjumpa pegawai bertugas dan juga melawat kolam renang. Jauh kedalam rupanya... Tapi sangat berbaloi. Memang besar. Kolam renang bersaiz Olimpik lengkap dengan diving tower dan ada juga kolam renang kanak-kanak. Pemandangan pun cantik sebab ia terletak betul-betul ditepi laut! Pihak TLDM memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami sangat berterima-kasih dan tidak sabar untuk menjalankan aktiviti disini.



Kolam renang bersaiz Olimpik.
Diving tower.
Puan Sarimah diiringi pegawai TLDM, menunjukkan kawasan persekitaran kolam renang.
Kolam renang kanak-kanak berlatar-belakangkan laut.
Pasukan Khas Laut Unit 2 PASKAL

Selepas itu kami terus menuju ke Kg. Tampi-Tampi. Perancangan asal untuk menjalankan semua sesi disini dibatalkan kerana telah mendapat kelulusan penggunaan kolam renang TLDM. Kami menjalankan hanya 2 sesi disini. Terdapat beberapa lokasi iaiatu Bintara, Warisan, dan Scuba Tiger. Bintara memang lokasi yang paling sesuai kerana ianya mempunyai pelantar, jadi lebih selamat untuk murid-murid. Selain itu, sebahagian kawasan laut juga telah dipagar. Terdapat dua pelantar di Bintara dan kedalaman air akan bergantung pada tahap air pasang surut. Pihak Bintara, Kg. Tampi-Tampi sedia menyiapkan makanan tengahari kami untuk kedua-dua hari program. Malah mereka tutup sebahagian kawasan semata-mata untuk program kami.





Menuju ke Bintara, Kg. Tampi-Tampi.
Pemandangan menuju ke Bintara, Kg. Tampi-Tampi.

Pintu masuk ke Bintara, Kg. Tampi-Tampi.

Selepas solat Jumaat dan makan tengahari, kami dibawa ke Pulau Bum-Bum iaitu dimana murid-murid kami tinggal dan bersekolah. Perjalanan dari jeti Seafest ke jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum perlu menaiki bot dalam kira-kira 5 ke 10 minit sahaja. Cikgu Nik Azri ingin membawa kami berjumpa dengan murid-muridnya di Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah. Malangnya ketika kami sampai, semua murid sudah pulang ke rumah. Maklumlah, hari terakhir persekolahan... Jadi semua murid dilepaskan awal... Hahaha... Jadi kami hanya melawat kawasan sekolah sahaja. Semuanya ada di sekolah tu; anjing, monyet, babi hutan pun ada! (kami nampak di luar pagar sekolah, nasib baik tak bolos... hahaha). Tapi kami sempat juga singgah di rumah beberapa orang murid dalam perjalanan ke sekolah, berjumpa dengan ibu bapa murid-murid.

Melihat rumah mereka yang serba daif membuatkan kami sedikit terkejut dan rasa insaf, menambahkan lagi semangat untuk mencurahkan ilmu pada mereka. Tapi apa yang paling kami perasan ialah betapa rapatnya murid-murid ini dengan cikgunya. Ada lebih kurang 400 orang murid di SK Terusan Tengah, sesi pagi dan juga sesi petang. Sekolahnya memang cantik dan luas.


Aktiviti waktu petang dihabiskan dengan meronda-ronda kawasan sekitar Pulau Bum-Bum, melihat kehidupan masyarakat disini. Kami sempat juga singgah di beberapa kampung untuk mengambil gambar pemandangan. Terdapat banyak sangat kampung! Kebanyakannya dalam kata ganda; Pantau-Pantau, Gelam-Gelam. Ada banyak 'roundabout', tak ada traffic light... Hahah. Van yang kami naiki pun tak ada 'roadtax'.


Jeti Seafest
Bersama Cikgu Nik menuju ke Pulau Bum-Bum
Tiba di Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum.
Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah.
Kawasan persekitaran SK Terusan Tengah.
Bangunan Pentadbiran SK Terusan Tengah.
Bangunan Akademi IQ yang ceria dan berwarna-warni!
Akademi IQ
Jangan takut untuk berbeza.
Menurut pemandu van, bas oren itu merupakan bas paling lama di Bum-Bum. Cat baru je.
Anak-anak Pulau Bum-Bum
Kg. Pantau Pantau.
Boleh lihat bot Bajau Laut yang kecil dibelakang tu.
Cikgu Nik dan jurulatih-jurulatih IRenang.
Jeti Balimbang
Pulau Bum-Bum
Jeti Balimbang



Tapak perhimpunan SK Terusan Tengah.




Persekitaran SK Terusan Tengah.


Persekitaran SK Terusan Tengah.














Keesokan harinya bermulalah program kami dengan anak-anak Pulau Bum-Bum ini.....

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!