IRenang ke Semporna..! (Part 1: Persiapan)

"Macam tak percaya je sampai ke SABAH kita pergi!"
Memang tak percaya boleh dapat jemputan sejauh Semporna untuk menjalankan terapi air. Merentas laut tu... Sedangkan yang di Semenanjung ni pun belum habis cover lagi!

Alhamdulillah... Bila dihubungi oleh Cikgu Nik Azri melalui Facebook, kami terus bersetuju. Cikgu Nik Azri merupakan guru penyelaras bagi sebuah kelas pemulihan di SK Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum iaitu Akademi IQ. Mereka terdiri daripada 11 orang murid darjah dua dan tiga dengan masalah pembelajaran yang mempunyai ADD, ADHD, dyslexia, autism, dan ada juga yang tidak dapat dikenalpasti. Untuk membantu murid-muridnya, Cikgu Nik mewujudkan Program Lestari 4M yang merupakan suatu program pembangunan murid pemulihan peringkat sekolah setiap hujung minggu. Jadi setiap hujung minggu ada program untuk murid-murid Akademi IQ. IRenang terpilih untuk menjalankan sesi penutup, Program Terapi Air dan Renang iaitu sesi ke-21.

Program ini adalah berbentuk kebajikan. Khidmat IRenang adalah percuma, tetapi pihak Akademi IQ menaja tiket penerbangan, penginapan, dan makanan kami sepanjang berada di Semporna. IRenang pula menyumbangkan pakaian renang, goggles, swimming cap, dan juga water noodles. Sebenarnya tak perlu bayar pun memang tak apa, sebab inilah impian kami dari dulu, iaitu nak mengajar di kawasan luar bandar.

Sebaik sahaja tiket penerbangan ditempah, kami pun mula menjalankan persiapan membeli barangan yang akan disumbangkan. Kami memang berterima kasih sangat dan pada masa yang sama kagum dengan semangat yang ditunjukkan Cikgu Nik. Dialah yang berulang-alik ke KD Sri Semporna untuk menguruskan hal kolam renang dengan pihak TLDM kerana kami nak juga walaupun satu sesi di kolam renang.

Kami dimaklumkan, 5 orang murid telah menghantar surat kebenaran. Menurut Cikgu Nik, sebenarnya mereka inilah antara kumpulan yang kadang-kadang datang, kadang-kadang tak datang program tu... Jadi pelik juga untuk program kali ni, awal-awal lagi dah hantar surat kebenaran. Pada hari Khamis, hari kami nak bertolak tu, Cikgu Nik maklumkan hanya 8 orang sahaja yang serahkan surat... Lagi 3 orang tak hadir-hadir lagi ke sekolah kerana demam. Tak apalah, kami siapkan je sijil dan barang-barang untuk 11 orang murid.

Salah satu alatan yang sangat berguna untuk terapi air ialah 'water noodles', iaitu sejenis pelampung panjang. Terfikir juga samada nak poskan awal-awal ke Semporna atau bawa je sekali. Setelah mengambil kira banyak faktor, kami putuskan untuk bawa je sekali naik kapal terbang.... Hahaha. Walaupun pelampung tu ringan je, tapi saiznya yang panjang menyebabkan kami terpaksa tambah lagi 20kg extra baggage untuk sports equipment. Tapi untuk penerbangan ke Tawau sahaja sebab ianya kami sumbangkan pada Akademi IQ.



Tiket penerbangan ke Tawau

Agak mencuri perhatian juga 'water noodles' ni. Nak-nak pula dibalut dengan plastik lutsinar. Ada yang bertanya apa benda ni. "Oh... Pelampung..." Rasa teruja juga sebenarnya. Maklumlah, pertama kali membawa pelampung ni naik kapal terbang... Selalunya paling-paling jauh pun bawa naik kereta ke Bukit Beruntung je... Hahah... Kelakar pun ada bila nampak pelampung panjang warna kuning dan biru ni dari jauh ketika menunggu di balai perlepasan.



Sebenarnya di celahan 12 pelampung tu, ada baju renang murid-murid... Hahaha. Goggles je kami bawa dalam beg, takut pecah.




Terbang ke Tawau....!




Nampak tak pelampung panjang warna biru dan kuning tu?

Penerbangan kami dari KLIA2 ialah pada jam 3.40pm tetapi terdapat sedikit masalah dan hanya pada jam 4.20pm kami berlepas. Tiba di Lapangan Terbang Tawau hampir pukul 7pm, memang dah sangat gelap... Cikgu Nik sudah siap menunggu dengan keretanya dan sebuah teksi.

Tiba di Lapangan Terbang Tawau

Tiba di Sabah sudah....

Perjalanan ke Semporna dari Lapangan Terbang Tawau mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami berempat berpecah, dua orang menaiki kereta Cikgu Nik dan dua orang lagi menaiki teksi. Di dalam kereta Cikgu Nik, kuat betul bau sup payau! Hahahah... Dia dah tolong belikan awal-awal... Selama 4 malam di Semporna, kami menginap di City Inn. Okay, lah... Hotel bajet di tengah Pekan Semporna. Mudah nak berjalan-jalan ke kedai.

Sesudah meninggalkan beg di hotel, kami dibawa makan ke sebuah restoran berdekatan Century Department Store. Sambil makan, sambil berbincang lagi tentang apa program keesokan harinya....


Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!