Rumusan Program Terapi Air dan Renang Akademi IQ di Semporna, Sabah

Syukur Alhamdulillah program yang di impikan untuk mencurah ilmu dan membantu pelajar-pelajar luar bandar menjadi kenyataan dan berakhir dengan misi dan visi tercapai dengan jayanya. Jemputan untuk ke Semporna oleh Akademi IQ sangat-sangat pihak IRENANG hargai.

Pengalaman mengajar di tempat asing dan jarak yang sangat jauh, cabaran yang di tempuh bukan sedikit.. Menuntut pengorbanan dan ketahanan mental pelbagai pihak yang terlibat.

Syabas dan TAHNIAH pada pihak Akademi IQ yang di bawah penyeliaan Cikgu Nik Azri yang berani menjadi PERINTIS SULUNG membawa program ini untuk pelajar-pelajarnya. Demi kasih dan sayangnya pada anak-anak syurga ini, guru ini sanggup berkorban dan berusaha mengadakan pelbagai program untuk melihat kejayaan mereka.

Walaupun kesempatan yang di beri untuk program cuma 2 hari sahaja tetapi pihak kami berpeluang mendekati dan bersama dengan masyarakat Pulau Bum-Bum sejak di awal kedatangan. Pihak IRENANG memang sejak dari awal telah membuat perancangan untuk mendekati dan memahami latarbelakang setiap pelajar. Ini penting kerana program yang di jalankan melibatkan pelajar-pelajar istimewa dari masyarakat yang berlainan. Perlu untuk pihak kami memahami dan menanamkan rasa kepercayaan kepada pelajar-pelajar. Terima kasih pada pihak SK Terusan Tengah, khususnya pada Cikgu Azri.

Program Terapi Air ini bukanlah suatu program yang mudah kerana melibatkan anak-anak istimewa dari pelbagai golongan. ADHD, DYSLEXIA, AUTISME, SLOW LEARNER dan lain-lain masalah. Fizikal dan mental.

Pendedahan MENTAL di kolam renang KD SRI SEMPORNA PENGKALAN TLDM membuka minda pelajar mengenali suasana kolam renang yang sebenarnya. Kehidupan anak-anak pulau yang sama sekali tidak pernah menjejak kaki di kolam renang. Dengan pakaian renang lengkap goggle pelajar-pelajar ternyata begitu gembira dan teruja. Terima kasih pada pihak TLDM yang sama-sama membantu kami di sesi renang dan water safety.

Sesi terapi air yang dilakukan di laut juga berjaya di lakukan. Pelajar diperkenalkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji pergerakan kaki, tangan dan pernafasan. Penglibatan penggunaan otak kiri dan kanan di perlukan pada pergerakan tertentu. Ternyata segala arahan dan tunjuk ajar jurulatih dapat diikuti dengan baik sekali.

Pernafasan mulanya agak sukar. Ini kerana walaupun pelajar mahir dengan laut tetapi mereka tidak melakukan teknik pernafasan yang betul. Air laut yang masin membuatkan mereka berenang dengan kepala hanya diatas dan menyelam menahan nafas.

Sesi renang yang dijalankan pada hari ke 2 di hadiri oleh ibu-ibu pelajar. Gaya renang sebenarnya memukau pelajar dan para ibu. Pelajar begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh melakukannya. Walaupun berdepan dengan air masin, teknik pernafasan tetap dilakukan. SYABAS!

Pelajar dan ibu diberi penerangan pentingnya pernafasan untuk PERKEMBANGAN OTAK dan MINDA.

Harapan pihak IRENANG agar Program Terapi Air dan Renang dapat membuka minda dan kesedaran pihak masyarakat sebagai salah satu program untuk membantu pelajar-pelajar istimewa meningkatkan tahap kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.


Kompleks Sukan di KD Sri Semporna Pengkalan TLDM, sesi pertama terapi air dan renang dijalankan.



Sesi pertama dimulakan di kolam renang kanak-kanak.
Perjalanan menuju ke Bintara, Kg. Tampi-Tampi. Lokasi di mana sesi terapi air dan renang dijalankan.


Menggunakan water noodle di tengah lautan di Bintara, Kg Tampi-Tampi.



Gambar berkumpulan di Bintara, Kg. Tampi-Tampi; ibu-ibu, murid, Cikgu Nik Azri (guru penyelia Akademi IQ), dan jurulatih-jurulatih IRenang.


Comments

  1. The King Casino | Ventureberg
    Discover the rise and fall of the sol.edu.kg king casino, one poormansguidetocasinogambling of the herzamanindir.com/ world's largest The Casino is operated by the King Casino Group. ventureberg.com/ You can casinosites.one

    ReplyDelete

Post a Comment

Kongsikan juga pengalaman anda bersama kami!

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!