Pengenalan

Salam sejahtera semua.Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami yang baru di buka ini. Di sini kami ingin berkongsi ilmu dan maklumat seterusnya membantu anda semua di bidang air. I RENANG di daftarkan secara rasmi pada tahun 2011. Beberapa tahun sebelumnya kami hanya beroperasi secara sambilan dengan mengadakan kelas-kelas renang secara percuma untuk kawan dan kenalan. Sambutan sangat menggalakkan dan kami mula mengambil pelajar-pelajar sekolah dan kumpulan korporat. Kini I RENANG sudah berada di 3 lokasi dan mula menerima pelajar-pelajar yang berada di luar kawasan. I RENANG juga bersedia ke lokasi luar untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pengangkutan dan jurulatih.Kepakaran kami ialah membantu mereka yang menghadapi masaalah ketika berada di air seperti tidak tahu berenang, berat badan berlebihan, kecederaan otot, dan lain-lain. Kami juga membantu kanak-kanak istimewa menjalani terapi air. I RENANG menyediakan pelbagai program untuk semua peringkat usia dan keupayaan bagi membantu anda.

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!