Kanak2 Istimewa (Autistic) dan Renang

Salam Sejahtera semua,

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengajar kanak2 istimewa dan autistic berenang. Emm..boleh ke mereka ini berenang? Atau lebih kepada "main air" je? Atau pun sekadar terapi sahaja, seperti yang selalu kita dengar..water theraphy..?
Saya mula terlibat dengan mereka pada tahun 2007.Ketika itu saya berkerja di Consist Offshore Training Center sebagai Lifeguard dan juga Swimming Instructor. Di situ saya bertemu dengan Mary,seorang pengusaha pusat pendidikan Autistic yang memberi khidmat latihan dan jagaan harian untuk kanak2 Austistic.Mary mempelawa saya untuk mengajar pelajar2 berenang kerana aktiviti air sangat di galakkan di segi  perubatan sebagai terapi untuk kanak2 Austistic.



Pada mulanya saya agak ragu2 dan kurang yakin.Tak pasti bagaimana caranya untuk menghadapi golongan ini.Mary banyak membantu saya,memberi tunjuk ajar dan membanu saya berinteraksi dengan mereka. Walaupun agak sukar dan kadang2 rasa macam putus asa tapi bila melihat perkembangan mereka dan  feedback yang ibubapa mereka berikan, saya jadi bersemangat dan berusaha sedaya upaya untuk membuatkan mereka bergerak dan bernafas di dalam air,walau tidak seperti kanak2 normal.
Pengalaman yang paling mencemaskan ialah pada suatu sessi kelas,student saya tiba2 je melompat ketempat dalam.Nasib baik saya dah stand by kan seorang instructor kt tempat dalam. Dan dari situ saya belajar cara2 mengawal mereka dan membaca gerak tubuh kanak2 ini. Mereka sukar di ramal,hanya yang benar2 faham dan rapat dengan mereka yang tahu bagaimana menghadapi mereka.
Kini, setelah hampir 6 tahun mengajar mereka,saya boleh rasa bangga terhadap golongan ini. Mereka mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada kanak2 normal.Mereka berani dan cerdik. Walaupun ada yang Hyper, tetapi air banyak membantu mereka tenang dan relax. Otot2 mereka yang tegang, dengan mudah dapat di lentur dan pernafasan dapat di latih.




 Jadi, kepada ibubapa di luar sana yang mempunyai anak2 istimewa,jangan pinggirkan mereka. Mereka berhak untuk mendapat ilmu dan rawatan terapi air, sekaligus memberikan mereka kemahiran berenang, walau tidak sempurna.
InshAllh,saya akan kongsikan ilmu yang sedikit ini kepada kanak2 dan ibubapa2 agar aktiviti air dapat di lakukan bersama2 tanpa rasa bimbang dan takut akan kelemasan.



Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!