Dari air ke darat: Pengalaman membuka booth

 Pernah jumpa I Renang di bazaar tak?

Walaupun kerja UTAMA kami di kolam renang, di kawasan persekitaran air, tapi ada masanya kami naik juga ke darat... Hehe. Sekadar promosi dan nak jumpa orang ramai untuk beri kesedaran tentang kepentingan berenang. Bukan ada jualan produk, tapi lebih kepada memberi kesedaran dan juga menawarkan servis serta khidmat nasihat. Saje, jumpa jumpa orang... Kalau kat kolam memang dah tak pandang orang dah.

Pengalaman pertama ialah dengan Eh Eh Bazaar! di Bangi Gateway. Pendaftaran hanya melalui e-mel dan mereka pun seronok kami join sebab lain daripada yang lain. Yang lain jual tudung lah, baju, aksesori, cadar, makanan... Semuanya produk! Ini tiba-tiba KELAS RENANG? Ha... Cuba tengok gambar bawah tu, Facebook page kami masa tu cuma ada 351 likes. Tak dinafikan selepas join bazaar, makin ramai sedar kewujudan I Renang. Alhamdulillah... Pendedahan yang sangat sangat membantu!

Eh Eh Bazaar di Bangi Gateway

Persiapan untuk booth? Memang banyak sangat kena buat! Nak menyediakan bahan untuk tarik orang datang ke booth. Macam mana nak tarik orang datang booth, TANPA SEBARANG PRODUK. Hanya mengharapkan air liur nak panggil panggil. Hehe... Oh, kami gantikan produk dengan bahan pameran. Tujuan utama memang nak bagi pendedahan, bukan nak berjual pun. Tapi sebab itu merupakan kali pertama, jadi memang kelam kabut sikit nak siapkan bahan pameran. Nasib baiklah kami ada Graphic Designer sendiri, jadi minta je apa nak; bunting, poster, handouts, semua boleh!


Bunting dan poster.
Haa... Inilah keadaan pada malam sebelum booth dibuka. Awalnya setiap poster tu ada kayu. Memang nak ada kayu sebab nak gantung (konon-konon macam di MATTA Fair, ada papan pembahagi boleh gantung poster...). Sekali bila pergi tengok tapak.... Oh rupanya ada meja je! Sebab tu lah buka. Satu-satu poster tu kami cabut kayu inci dia... 


Booth 50
Haaa.... Inilah dia rupa booth kami! Poster di mana-mana! Hahahah! Ada yang dijadikan alas meja supaya boleh terangkan pada pengunjung, ada juga yang digantungkan. Sebenarnya pada hari tersebut, walaupun tak ada sebarang produk dijual, tapi booth kami meriah! Sebabnya... Kami jadikan booth tu sebagai kaunter pendaftaran untuk kelas renang yang telah dipromosikan secara online. Hehe... Bagus kan? Sebab kami fikir, mesti pelajar nak jumpa jurulatihnya dulu. Memandangkan I Renang belum ada physical office, booth merupakan salah satu tempat kalau nak jumpa dan bertanya lebih lanjut mengenai kelas.

Sesekali dapat jumpa orang di luar kolam seronok juga. Macam-macam pertanyaan. Masa tu lah dapat kenal dan dapat lebih faham masalah orang. Ramai yang ingat badan besar tak boleh berenang, sedangkan badan besar tu lah yang lagi senang terapung. Dapat juga berkongsi pengalaman dan pendapat. Rasa special pun ada sebab kita je yang jual kelas renang di situ... Orang pun tak sangka, bila bagi flyers,"Eh, kelas RENANG?". Kami tau, bukan tak berminat nak berenang, cuma kurang pendedahan.

Selepas dari pengalaman pertama tu, makin seronok pula buka booth jumpa-jumpa orang ni. Eh Eh Bazaar! pun rajin hantar emel kepada kami untuk join sebab sesuatu yang baru. Rasanya macam penyeri la kut... Hahahah! Satu wakil daripada air... Hehe... Banyak juga kami join bazaar sebenarnya, kebanyakannya kami kongsi dengan kawan yang jual kaftan dan batik, Qamey Kaftan.

Seronok berkongsi, ada kawan. Lagipun ruang besar-besar pun bukan nak guna untuk banyak benda. Cuma nak letakkan poster je. Dan bagi brosur. Kalau ada orang berminat dengan kain dan baju dia, kami tolong juga promote. Hehe... Gambar-gambar dibawah ni ketika di Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya, 3 hari; Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Ini merupakan kali pertama kami berkongsi booth dengan Qamey Kaftan. Selepas yang ni, banyak lagi tempat kami kongsi bersama. Yang saya paling ingat ketika itu ialah saya sanggup tunggu di depan sebuah tadika untuk edarkan brosur. Kalau nak harapkan mereka datang ke booth, tadika tu jauh di bahagian belakang. Bahagian belakang tu lebih ramai orang sebenarnya sebab dekat dengan medan selera. 

Eh Eh Bazaar! Chapter 4 di Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya


Eh Eh Bazaar! Chapter 4

Brosur I Renang (Eh Eh Bazaar! Chapter 4)

Eh Eh Bazaar! Chapter 4

Eh Eh Bazaar! Chapter 4. I Renang kongsi booth dengan Qamey Kaftan.

Ankle fins, pull buoy, water dumbells, aqua shoe.

Ada beberapa bazaar lain lagi yang kami masuk, tapi setakat ni cuma kawasan semenanjung sahaja; Bangi, Putrajaya, dan Ampang. Ada sekali tu kami ke bazaar di Ampang, Mentara at Tiara. Dapat jumpa Jaafar Onn! Heheh.. Siap minta Jaafar Onn tolong promote lagi.. Hahah. Tapi masa tu pun dah malam, dan kami pun dah bersiap-siap kemas dah. Penat sebenarnya buka booth ni... Berdiri dan menunggu je...

Autoshow Whatever Bazaar di Putrajaya

Bazaar di Puspanita Putrajaya. Kongsi dengan kuih dan juga kain.

Bazaar di Puspanita Putrajaya. Boleh intai-intai tengok persembahan sempena majlis makan malam mereka.
Apa yang saya boleh simpulkan, setiap bazaar tu saya belajar benda baru. Ini disebabkan oleh komuniti setiap kawasan tu berbeza. Dapat berjumpa dengan peniaga-peniaga lain pun seronok juga, tambahkan kenalan selain bertukar-tukar pendapat. Selain itu kena juga kreatif bila bab nak promosi ni. Setiap tempat berbeza susun atur jadi memang kena perah otak fikir. Apa pun, dah lama tak buka booth ni, teringin juga nak join lagi... Nanti bila dah ada produk sendiri, kami join bazaar lagi okay! Barulah lebih seronok!

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!