Mengajar kanak-kanak berenang


Ramai ibubapa sudah mulai prihatin dengan keselamatan anak-anak ketika berada di persekitaran air terutama ketika pergi bercuti ke tempat-tempat seperti di pantai dan sungai. Ketika pulang ke kampung pun kanak-kanak pasti akan terdedah pada persekitaran air seperti di taliair, tasik, lombong mahupun di kolam- kolam kecil.
Kes lemas juga boleh berlaku walaupun di rumah sendiri. Takungan air di dalam besen atau pun baldi, sudah cukup untuk membuatkan kanak-kanak lemas jika tertonggeng ke dalamnya.
Sejak mula mengajar renang saya sentiasa berdepan degan permintaan ibubapa yang rata-rata mahukan anak mampu berenang dalam masa yang singkat.
Kebanyakan kelab kelas renang menyediakan package renang bulanan, kelas 1x seminggu dan di sertai oleh 5 ke 10 orang pelajar dalam tiap kumpulan. Peringkat umur juga berbeza dalam kumpulan, terpulang pada jurulatih.
Mengikut pengalaman saya, bilangan pelajar untuk setiap kumpulan bergantung pada usia pelajar dan tahap kemahiran mereka di dalam air. Kalau kumpulan umur 7 tahun keatas mungkin boleh sampai 10 orang. Tetapi beberapa perkara perlu di ambil perhatian. Tahap keyakinan dan kemampuan setiap pelajar berbeza. Pelajar usia 10 tahun tidak semestinya lebih mudah di ajar berbanding yang berusia 7 tahun.

Modul yang disediakan oleh jurulatih tidak semestinya sesuai untuk semua pelajar. Jurulatih yang baik dan berpengalaman akan berusaha menyesuaikan modul dengan setiap pelajar.

Kedalaman kolam juga perlu di ambil kira ketika mengajar kanak-kanak.
Keselamatan diair sangat penting.Selalu saya perhatikan,ramai jurulatih gemar mengajar di kolam yang kedalamannya tidak dapat di capai oleh kaki pelajar. Pelajar di biarkan berbaris di tepi kolam, jurulatih di dalam air. Apabila jurulatih sedang mengajar, pelajar yang lain biasanya susah nak duduk diam..ada saje yang nak turun keair..terutama jika jurulatih sedang membuat giliran latihan renang.

Kedalaman kolam juga lebih menyukarkan untuk mengajar. Jurulatih terpaksa memegang pelajar ketika melakukan modul luncur. Pernah saya melihat seoramg jurulatih membawa hampir 20 orang pelajar tadika kekolam yang mempunyai kedalaman 1.2 meter! Suasana menjadi tidak terkawal dengan kerenah masing-masing, ada yang menangis takut, ada yang terlalu berani dan aktif, nak turun sendiri ke air!
Sebagai jurulatih renang, keselamatan diri juga perlu di ambil kira. Kalau dah 20 orang budak tetpaksa di julang naik ke atas kolam setiap hari...huhu...sakit pinggang la..
Mengajar kanak-kanak berenang perlukan kesabaran  dan kemahiran. Jurulatih perlu mahir menangani perasaan mereka. Komunikasi antara jurulatih dan pelajar perlu jelas dan pastikan mereka benar- benar faham setiap modul yang di sampaikan. Jangan terburu- buru nak menghabiskan modul tanpa mengambil kira tahap pencapaian dan pemahaman mereka. Sebagai contoh, kebanyakan kelas renang tidak mengajar modul water safety. Pelajar terus di ajar blow bubble dan terus teknik renang.





 Asas-asas keselamatan diair perlu di beri penekanan. Pelajar perlu di beri tunjuk ajar bagaimana berdepan dengan persekitaran air, apa yang perlu di lakukan sebelum memasuki air, tak kiralah sungai, tasik, lombong, parit atau laut.

Belajar renang itu satu teknik sahaja yang boleh di pelbagaikan mengikut kesesuaian seseorang. Pengetahuan tentang keselamatan di air itu yang paling penting. Tidak ada gunanya jika pandai berenang tetapi tidak faham asas-asas keselamatan ketika di air. Seperti yang selalu kita dengar, kes lemas. Ada mangsa yang sebenarnya memang mahir berenang! Jadi, kenapa boleh lemas? Topik ini akan saya kongsikan di artikel lain.
Kanak-kanak sudah boleh di biasakan dengan air ketika di awal usia bayi. Ketika memandikan mereka,bermain air di taman- taman tema air dan ketika bermain di kolam renang. Pastikan meteka di awasi setiap ketika. Biarkan mereka biasa dengan air, paling penting mereka selesa memasukan kepala kedalam air.
Jangan paksa anak-anak belajar berenang tetapi galakkan mereka belajar untuk keselamatan.

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!