Tak boleh terapung!

Kali ini saya nak bercerita lagi tentang masalah terapung ni.

Sebab terapung merupakan teknik yang paling asas dan paling mudah tapi merupakan masalah yang PALING KERAP saya dengar.

Baru-baru ini, saya berjaya 'kantoi'kan seorang pelajar. Hehe... Dah banyak kelas, dia bagi alasan kaki tak boleh bergerak, kaki sakit bila angkat, kaki sakit bila bergerak sedikit, dan macam-macam lagi... Dia beriya-iya kata tak boleh nak timbul sebab ada besi dalam kaki dan bila gerakkan rasa sakit. Dia telah menjalani pembedahan kaki dan ada besi di dalam kakinya. Sebenarnya selepas saya tanya dan selidik semua butiran seperti dah berapa lama pembedahan, memang sepatutnya tak ada masalah untuk bergerak dan melakukan aktiviti di dalam air. Malah, sangat digalakkan. Saya bersyukur kerana pernah menjalani latihan di Unit Fisioterapi hospital, jadi sedikit sebanyak saya tahu apa yang boleh dan tak boleh buat. Tapi setiap kali saya suruh cuba, dia duduk diam dan kata TAK BOLEH. KAKI TAK BOLEH BERGERAK...

Sebelum ini saya tidak berpeluang untuk perhatikan dia one to one kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan saya lebih fokus untuk bagi yang lain pandai dulu. Bila yang lain dah pandai, boleh berlatih sendiri, baru saya boleh fokus untuk personal coaching.

Saya tahu, walaubagaimanapun semua orang boleh terapung. Tak kisahla tulang besi urat dawai sekalipun, memang boleh terapung. Tak kan dengan setakat satu skru besi, habis satu badan tak boleh terapung! Bezanya bagaimana posisi badan anda ketika terapung. Kaki tenggelam sikit ke, ataupun semua sekali timbul ke... Terpulang pada komposisi badan masing-masing. Jadi saya mesti nak tengok dan perhatikan betul-betul apa yang tak kena.

Bagaimana saya 'kantoi'kan dia?

Saya pegang dia dan suruh dia tarik nafas dalam-dalam dan masukkan muka dalam air. Tengok dalam air, saya nampak kakinya terangkat sedikit. Sekejap je dan dia terus bangun kata TAK BOLEH.....! TAK TERAPUNG PUN! Sebenarnya dia dah terapung dah pun... Tapi dia takut. Ya, dia takut. Saya boleh baca dari gerak badan dia dan dari cara dia pegang saya dan dari cara dia bangun.

Sekali lagi cuba. Tarik nafas dalam-dalam dan tunggu lama sikit. Kaki dia naik perlahan-lahan. Dengan panik dia bangun dan berdiri!

Haa... Kenapa?
Bergerak. Kaki bergerak...
HA! ITU TERAPUNG LAH TU! KAKI TU NAK TIMBUL KE ATAS...
Hee.... *sengih sengih

It's the fear. Bila takut, macam-macam alasan.

Mula dari situ saya ajar dia bagaimana bergerak. Sedikit demi sedikit, dia mula kelihatan yakin dan lebih relaxed. Saya cuma suruh dia berlatih meluncur dari bucu ke bucu je sebab saya nak tengok pelajar lain pula. Bila perhati dari jauh, boleh pula gerakkan kaki buat gerakan kaki renang gaya kuak dada yang saya dah ajar kawan-kawannya yang lain... Sedangkan bila saya ajar, katanya kaki sakit tak boleh buat.... -_-"

Jadi sebenarnya dia takut je. Bila takut, mulalah beri macam-macam alasan... Sebenarnya langkah pertama nak belajar tu kena cuba buang rasa takut dulu. Mesti kena rasa selesa. Kalau tak rasa selesa, keraskan badan je... Apa-apa pun susah nak buat.

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!