Pengalaman mengajar di Sekolah Antarabangsa


             Pengalaman mengajar di Sekolah Antarabangsa sekitar tahun 2009, adalah antara yang paling tidak dapat saya lupakan. Dengan bilangan pelajar yang mencecah ratusan setiap hari, pelajar yang berbilang bangsa dan pelbagai tahap kemampuan..memberikan banyak pengalaman yang berharga pada saya. Di situlah tempat saya menimba seribu satu pengalaman dalam membina kerjaya sebagai seorang jurulatih renang.

            Saya mendapat peluang mengajar di sekolah ketika bekerja di bawah company Aquasplash. Saya mengajar pelajar-pelajar dari tahap tadika sehinggalah dewasa. Saya juga mengadakan kelas aquarobik untuk wanita.



            Inilah jadual kelas saya...Isnin hingga Jumaat...10 pagi- 5petang. Tiap sessi 1 jam.
Kelas back to back...saya tak sempat nak makan pun. Saya naik ke atas, makan sesuap dua..turun semula ke kolam. nak solat pun dalam baju renang..basah-basah dalam telekung..Kalau ada Kelab Renang atau pertandingan, saya akan tunggu sampai lewat petang untuk latihan.

           Mengajar pelajar yang berbilang bangsa, memberikan pengalaman kepada saya untuk berinteraksi dan memahami sikap dan budaya luar. Sebagai jurulatih, saya perlu faham sikap dan perangai mereka. Ada yang degil,susah di arah..banyak alasan dan kerenah bila di suruh masuk kolam. Pelajar perempuan terutamanya.Alasan..period..Ok..tapi itu bukan alasan. Ramai yang beranggapan, kalau datang haid tak boleh masuk kolam..tak boleh berenang.Salah tu. Tekanan air membuatkan ia tak keluar..Cuba lah..Kalau kluar..pasti air kolam dah bertukar jadi merah..haha

          Arahan untuk pelajar perlu terang dan tegas. Guru pengiring tidak akan masuk kolam,semua tanggung jawab jurulatih. Keselamatan paling utama disamping disiplin dan ketepatan masa. Ini perlu kerana pelajar-pelajar perlu menghadiri kelas lain selepas dan sebelum kelas renang. Pernah juga cikgu-cikgu bising kat kitorang sebab pelajar lambat siap.Nak buat mcm mana, tandas dan bilik air cuma 3 je..pelajar dekat 40 orang setiap sessi.

          Saya juga mengajar pelajar Tadika, umur 3-6 tahun..Mereka sangat comel..maklum berbilang bangsa dan keturunan. ada yang berani..ada yang takut sangat..masuk je dewan..terus menangis sampai habis sessi..Biasanya modul untuk Tadika ni tak sama dengan pelajar biasa.Lebih kepada "water confidence" dan "water safety". Mana yang berani tu..boleh terus masuk modul renang.

       Pernah saya berhadapan dengan 40 orang kanak-kanak tadika bersendirian..sebab jurulatih lain lambat datang..huhuhu..saya rasa macam nak menangis pun ada..bayangkan ramai tu..kecik-kecik..melompat-lompat dalam air..apa yang saya buat? Emmm..saya bagi mainan..saya naik atas kolam..biar je diorang main air..saya jadi Lifeguard...jaga je..

       Sebagai jurulatih renang, tugas saya bukan setakat mengajar..penilaian untuk setiap pelajar perlu di lakukan. Dari tahap water confidence hinggalah keperingkat advance atau untuk pertandingan. Pembetulan stroke kaki, tangan, pernafasan dan sebagainya perlu dilakukan berperingkat-peringkat. Memang banyak kerja..dah la duk dalam air berjam-jam..kena buat paperwork juga..

        Apa pun pengalaman saya di sana akan sentiasa saya kenang kerana di situlah tempat saya menimba ilmu dan pengalaman yang tak dapat saya perolehi walau di mana pun.Terima kasih pada exboss saya Aquasplash yang banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar untuk menjadi seorang jurulatih renang yang sebenar. Kepada yang ingin menjadi seorang jurulatih renang...kesabaran dan kekuatan mental sangat perlu di samping ilmu dan kekuatan fizikal..

           Semoga jumpa lagi di artikal lain..akan saya kongsikan teknik-teknik menangani water fobia pada kanak-kanak. Bye.


         

Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!