Pelampung Panjang Warna Warni

Ada satu benda yang saya paling suka guna baik untuk mengajar renang mahupun untuk buat senaman. Banyak kegunaan tapi tak ramai orang tahu tentangnya. Setiap kali bawa ke kolam, mesti ada je orang tanya "Apa tu?"


Water noodle.
Ataupun belalai gajah. Atau ekor kucing. Heheh... Ini semua panggilan daripada pelajar saya yang comel-comel tu. Bila sebut mi, macam pelik pula. Kanak-kanak memang ada daya imaginasi yang tinggi!

Water noodle ni lebih kurang macam pelampung cuma dia panjang. Ia boleh terapung dan bila kita cuba nak benamkan dalam air pun ia akan timbul balik. Nak benamkannya pun perlukan tenaga juga... Pegang macam ringan, cuba tekankan ia kedalam air. Memang terasa berat!

Kanak-kanak memang sangat sukakan benda ni sebab boleh buat macam-macam. Macam permainan. Boleh buat macam tunggang kuda atau mengayuh basikal, letak di celah lengan untuk terapung kedepan atau kebelakang, dan juga boleh duduk atasnya. Ya, duduk atasnya macam duduk atas buaian.
"Saya ni berat... Boleh ke duduk atas benda ni? Tak patah ke???"
Banyak kali juga orang tanya macamni. Boleh je. Duduk tak akan patah. Kecuali kalau anda cuba lipatkannya. Ataupun ketuk-ketukkannya di lantai macam main pedang-pedang. Ada masanya saya risau juga nak tinggalkan water noodle ni merata-rata di tepi kolam sebab dah banyak kali saya nampak budak-budak ambil dan main lawan-lawan pedang. Hentakkan di lantai, guna untuk pukul orang, dan macam-macam lagi. Saya pun nak pesan kepada ibu bapa, tolonglah awasi anak anda. Bukan kedekut, kalau minta izin mesti saya bagi. Banyak lagi cara lain untuk gunakannya selain daripada nak main pedang-pedang. Jadi sebab itulah setiap kali habis kelas je saya ikat terus semuanya.

Okay. Nampak mudah dan macam main-main je (Ala... Duduk je. Senang!)... Tapi, sebenarnya duduk atas water noodle ni mencabar juga. Kalau tak boleh imbangkan badan, memang tunggang terbalik anda dalam air tu! Jadi maknanya anda perlu latih daya keseimbangan anda. Dan otot-otot yang terlibat dalam keseimbangan badan hanya boleh dilatih dalam keadaan permukaan yang tidak stabil. Pada mulanya memang akan rasa susah tapi lama-kelamaan selepas banyak berlatih anda akan perasan boleh duduk dengan stabil lebih lama diatasnya.


Ha. Ini kawan saya, Hakim, seorang jurulatih kecergasan di sebuah gim. Walaupun memang seorang yang fit, dia sendiri akui memang susah nak imbangkan badan atas pelampung panjang ni... Sampai berpusing-pusing terlangkup di dalam air! Di dalam gambar ini yang macam berbasikal/ menunggang kuda. Tiada gambar duduk seperti duduk di buaian sebab masa ni dia tak boleh buat. Hehe.. Tergolek-golek berpusing dalam air tu. 

Banyak sangat lagi cara nak guna pelampung panjang ni... Boleh cari di Google atau Youtube. Selamat mencuba!





Comments

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!