Pengalaman menjadi penyelamat kelemasan di kolam renang bersaiz Olimpik

Ketika di universiti, saya menjadi penyelamat kelemasan sambilan ataupun part-time lifeguard. Setiap kali ada waktu senggang antara kelas, saya mesti akan ke kolam untuk jadi lifeguard.

Nak dapatkan sijil lifeguard ni susahnya yang amat tapi kerjanya 'agak' senang... Itu yang saya fikir masa mula-mula masuk kerja. Sebab dulu saya cuma jadi lifeguard di kolam yang kecil. Dan jadi lifeguard pula masa kelas renang. Kolam tu tak buka pada orang awam. Jadi... Memang tak susah sangat.. RM 10 sejam duduk duduk tengok orang. Senang.

Tapi... Bila saya bertugas di sebuah kompleks renang, kena jaga kolam renang bersaiz Olimpik, ada tempat dalam ada tempat cetek, memang ada sikit rasa gelabah. Nasib baik ada kerusi tinggi jadi bila duduk atas tu semua boleh nampak. Masa latihan untuk sijil ni dulu saya memang teringin sangat nak duduk di kerusi tinggi tu. Rasa macam bergaya sangat!


Bila setiap kali sampai masa bertugas, memang saya duduk atas tu je. Hehe.... Okay. Bila bertugas di kolam lebih besar ni, masa mula-mula masuk kerja memang sangat alert! Mata tu melilau je kesana sini. Tambahan pula seronok kan dapat duduk atas kerusi tinggi... Hahah. Sambil duduk di kerusi tinggi dengan wisel tergantung di leher dan baju tertulis LIFEGUARD ON DUTY. Fuh... Saya memang rasa bergaya! Nak pula baju bertugas tu warna merah, macam dalam cerita Baywatch.. Heh. Dan bila bersama-sama kawan kerja lain, semua pakai baju tu seolah-olah macam cool je.

Tugas jadi lifeguard ni, ada masanya rasa macam makan gaji buta bila tak ramai orang. Saya selalu bertugas pada waktu tengahari iaitu antara pukul 12 hingga 2 petang. Waktu tu selalunya ada seorang je yang memang wajib datang, iaitu seorang atlit renang. Dia pun akan mula latihan dengan alatan dan kemudian dia akan berenang tanpa henti. Pergi balik pergi balik. Saya memang suka sangat renang gaya rangkak dia. Cantik, kemas, dan nampak seperti sedang terbang di atas permukaan air. Dan tiada bunyi. Tapi laju.

Tapi kalau waktu petang.... Memang jenuh! Penat mata memandang, penat mulut membebel, menegur, dan menerangkan kenapa tak boleh pakai macamtu kenapa tak boleh pakai macamni... Alasan yang selalu saya terima "Haritu datang pakai macamni okay je..." Pernah sekali saya kesian jadi saya bagi je rendam kaki. Kaki sahaja sebab dia pakai seluar renang tapi baju t-shirt. Lagi satu ialah meniup wisel menandakan masa dah tamat. Mula-mula tak reti sangat nak tiup wisel. Bunyinya pun tak tajam, pakai pula wisel biasa. Priu priu priu.......... Bak kata senior lifeguard. Sepatutnya bunyi Preeet preet preeeeeeeet!

Hahah... Itu semua pengalaman.

Banyak sebenarnya pengalaman sepanjang saya jadi penyelamat ni... Hahah.. Tapi kalau cerita semua pun tak seronok juga. Lain kali saya cerita lagi. Tentang pengalaman saya menyelamatkan orang yang hampir lemas.

Akhir kata, sentiasalah berjaga-jaga walau dimana berada!

Comments

  1. Boleh kongsi x tmpat2 yang memerlukan lifeguard area kl..rasa syg plk Sijil n bronze medal ni klw x digunakan..

    ReplyDelete
  2. Thanks for posting this info. I just want to let you know that I just check out your site and I find it very interesting and informative. I can't wait to read lots of your posts. lifeguard training near me

    ReplyDelete

Post a Comment

Kongsikan juga pengalaman anda bersama kami!

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!