Risiko menjadi jurulatih renang

Risiko ataupun 'downside' menjadi jurulatih renang... Setiap pekerjaan ada risikonya. Tak semestinya berenang ni senaman paling low-impact jadi tak ada risiko langsung kepada jurulatih... Bukan kepada pelajar ya, kepada jurulatihnya.

Jadi disini saya kongsikan beberapa risiko menjadi jurulatih renang ni. Sepanjang hampir lima tahun berkecimpung dalam bidang ni, saya kumpulkanlah pengalaman-pengalaman saya samada di dalam kolam atau di luar kolam. Manalah tau ada yang berkira-kira nak jadi swimming instructor. Yela bunyi macam cool kan... Something different... Saya tau sebab saya mengalaminya..

"Kau kerja apa sekarang?"
"SWIMMING INSTRUCTOR...."
"Wahhhhh..... Mesti kau terer berenang kan?"
(Sebab dia pun tak pandai berenang.... No offense! Tak pandai boleh belajar.)

"Ajar BERENANG? Oh... Cikgu renang lah ni.."

Ataupun

"Kau kerja apa sekarang?"
"Aku sekarang jadi LIFEGUARD"
(Terbeliak mata... Kawan mula membayangkan bikini dan Baywatch)

Tapi entri ini fokus pada JURULATIH RENANG. Swimming Instructor. 


ANTARA RISIKO MENJADI JURULATIH RENANG IALAH.....

Sunburn dan Kulit Kering: 
Pernah jumpa swimming instructor yang putih melepak kulit halus mulus gebu? Okay kalau yang mengajar di indoor pool tu memang beruntung, memang putih... Ketika saya mengajar di indoor pool, memang putih la. Tapi no one, no one can escape the effect of chlorine! Kulit akan jadi kering bersisik. Kawan-kawan selalu kata saya ni ikan duyung, mermaid. 

Memang betul pun jadi ikan... Bersisik... Bila kulit kering, memang bersisik... Itu dulu, bila malas sapu lotion. Tapi sebenarnya sapu lotion banyak mana pun tak cukup. Lumur dengan minyak zaitun/ olive oil. Itulah teman setia saya. Lumur laaaa satu badan. Mandi minyak, hah!


Keganasan daripada pelajar: 
Saya selalu pernah kena tendang dengan pelajar, kena genggam, kena benam, kena ludah, dan kena kencing (seriously!) dengan pelajar. Tau breaststroke kick? Berenang yang macam katak tu, kaki menendang ke luar. Hoi... Kalau terkena masa dia tengah KICK tu.... Memang SAKIT! Nak pula jenis yang tendang kuat-kuat tu, sekali terkena di pinggang ni memang sakit. SAKIT! Sakitnya tuh disini... Bukan di perut je, banyak tempat saya pernah kena. Kadang-kadang balik dari mengajar baru perasan lebam-lebam di badan... Kena genggam dan kena benam tu bila pelajar panik, takut air. Semua benda nak dipegangnya! Sebab tu saya tak pakai sebarang aksesori (lebih-lebih lagi cincin) di kolam. 

Diludah pelajar: 
Bukan sengaja tu saya tau, dia tak ada niat pun nak ludah cikgu dia kan.. Jadinya macam ni, bila pernafasan tu tak betul, air masuk mulut, dan saya tunggu di depan, bila diludah air keluar, mau tak kena saya? Memang kena... Penyelesaian untuk masalah ada air dalam muluty tu senang je. Buangkan air yang ada dalam mulut tu di dalam air. Sambil bubble dalam air tu, tiup je air tu keluar dari mulut sekali.

Oh. Kena kencing. Dah cakap banyak kali, JANGAN KENCING DALAM KOLAM! Yang ini, saya memang PASTI 100% tanpa was-was memang air kencing. Sebab rasa panas. Ceritanya macam ni, budak lelaki tu, dalam 5 tahun macamtu. Dia dah berenang, berenang, saya sambut dia dan pegang mengadap saya (sebab kaki dia tak boleh cecah lantai), tiba-tiba rasa panas je kat kaki. Yang dia tu duduk diam je. Senyap... OI KENCING EH?! (masa tu baru sangat lagi habis training dengan abang-abang SMART (Special Malaysia Rescue Team), jadi terikut-ikut style mereka.. heh... Panggil student pun oi oi je) Hehe... Hehe... Dibalasnya sambil tersengih-sengih. Hai, memang habis je kelas sental satu badan!

No weekends: 
My Sunday is your Monday, my Monday is your Sunday. Faham tak? Hari yang paling sibuk ialah hujung minggu. Dan hari yang paling lapang ialah Isnin hingga Jumaat. Ada masa rasa bertuah sebab boleh berjalan-jalan di shopping malls, atau ke pasar bila tak ramai orang. Ada masa rasa kurang bertuah sebab banyak majlis kenduri tak dapat dihadiri...



Walaupun ada masanya memang rasa macam nak berhenti je mengajar renang ni (teringin nak kulit putih, nak pergi kenduri), tapi kepuasan mengajar mengatasi semua tu... Seronok bila nampak pelajar kita makin kurus, makin sihat sejak mula berenang dan makin kerap pula tu ke kolam renang. Seronok tengok pelajar kita pandai selamatkan diri sendiri di kolam renang. Jadi bila tengok muka dalam cermin, berbelang gelap, sekejap je rasa low... Fikirkan balik apa sumbangan kita pada orang lain, rasa lega balik..




Comments

  1. Salam tuan..Dimana sy nk dapatkan kursus kejurulatihan renang ye?mohon bantuan

    ReplyDelete

Post a Comment

Kongsikan juga pengalaman anda bersama kami!

Popular posts from this blog

Kejadian hampir dilemaskan pelajar sendiri

Kursus Sijil Pingat Gangsa: Becoming Dayang Senandung...

Susahnya nak terapung!!!