Pertama kali mengajar kanak-kanak berenang yang ramai (sambungan)
Orang selalu tanya saya "Ajar budak-budak ke dewasa lagi susah?" Jawapan saya, depends. Terpulang. Ada kanak-kanak yang kecil tapi semangat tinggi! Walaupun kaki tak cecah lantai, dia berani je nak lompat-lompat atau jengket. Lagi berani daripada yang badan besar pun... Menggigil-gigil duduk tepi kolam. Oh! Kadang-kadang budak ni menggigil bukan sebab sejuk je, tapi sebab takut jugak. Takut tempat dalam ke, takut dengan cikgu ke.. Jadi, berbalik pada cerita haritu... Saya bawa budak-budak/ pelajar saya tu ke kolam kanak-kanak sebab kolam tu lebih cetek. Jadi semua orang boleh cecah lantai dan berdiri, boleh duduk dalam air tu. Tak sejuk dan lagi satu tak payahla tunggu ikut turn je.. Kalau di tempat dalam tu, kena satu satu. Dah buat, naik. Tunggu orang lain pulak buat. Cuma masalahnya nak buat atau tak je. Macam saya kata dalam post sebelum ni, mereka memang cukup seronok bila sampai ke tempat cetek tu. Melompat-lompat, berlari-lari... Nak dapatkan attention merek...