Kanak2 Istimewa (Autistic) dan Renang
Salam Sejahtera semua, Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengajar kanak2 istimewa dan autistic berenang. Emm..boleh ke mereka ini berenang? Atau lebih kepada "main air" je? Atau pun sekadar terapi sahaja, seperti yang selalu kita dengar..water theraphy..? Saya mula terlibat dengan mereka pada tahun 2007.Ketika itu saya berkerja di Consist Offshore Training Center sebagai Lifeguard dan juga Swimming Instructor. Di situ saya bertemu dengan Mary,seorang pengusaha pusat pendidikan Autistic yang memberi khidmat latihan dan jagaan harian untuk kanak2 Austistic.Mary mempelawa saya untuk mengajar pelajar2 berenang kerana aktiviti air sangat di galakkan di segi perubatan sebagai terapi untuk kanak2 Austistic. Pada mulanya saya agak ragu2 dan kurang yakin.Tak pasti bagaimana caranya untuk menghadapi golongan ini.Mary banyak membantu saya,memberi tunjuk ajar dan membanu saya berinteraksi dengan mereka. Walaupun agak sukar dan kadang2 rasa macam putus asa tapi bila melih...