Kelebihan Bersenam di Dalam Air
Bersenam di dalam air tidak hanya terhad kepada berenang. Senaman di dalam air sesuai untuk semua golongan; kanak-kanak, remaja, dan juga dewasa. Walaupun tidak pandai berenang, anda masih boleh melakukan aktiviti lain di dalam air seperti berjalan, berlari, dan juga melompat. Senaman di dalam air boleh dilakukan di dalam air paras pinggang dan juga di tempat dalam yang tidak boleh cecah kaki. Senaman di dalam air sebenarnya merupakan senaman yang lebih selamat jika dibandingkan dengan melakukan senaman di darat. Lebih-lebih lagi kepada warga tua ataupun mereka yang ada masalah dengan keseimbangan badan yang menyebabkan mereka cenderung untuk jatuh apabila melakukan aktiviti. Apabila melakukan aktiviti di darat, potensi untuk jatuh lebih tinggi. Kesannya juga lebih teruk; boleh menyebabkan luka, lutut terhentak, badan terhempas, dan sebagainya. Medium air yang kepadatannya lebih tinggi daripada udara boleh menyokong tubuh badan daripada jatuh. Kepadatan air yang lebih tinggi d...