Tundukkan kepala! Put your head down!
Kadang-kadang, cuma perubahan kecil sudah boleh memberikan impak yang besar. Di dalam air kita banyak bermain dengan rintangan. Rintangan air. Water resistance. Bila berjalan atau berlari dalam air, rasa perlahan je... Rasa macam tak bergerak je... Berbanding dengan kalau berlari di darat. Ketumpatan air dan ketumpatan udara memang sangat berbeza. Jadi kesimpulannya sekarang, kalau nak laju dalam air, kurangkan rintangan. Macam mana nak kurangkan rintangan dalam air? Ini saya fokuskan ketika sedang meluncur. Gliding. EVERYTHING HAS TO BE TUCKED IN. Bayangkan nak masuk dalam satu terowong yang sangat sempit... Ketika sedang meluncur, rapatkan kaki dan rapatkan tangan, LURUS. Dan kepala tunduk. Selalu juga saya ingatkan pelajar untuk pandang bawah bila meluncur, tapi kepala tak tunduk pun mata boleh tengok ke bawah kan? Jadi istilah yang betul dan paling tepat ialah tunduk. Kepala menghala ke bawah. Bukan menegak pandang ke depan. Kalau boleh nampak tangan ketika melunc...