Silent drowning: Kejadian menyelamatkan kanak-kanak yang hampir lemas
Tidak semestinya anda boleh menjadi penyelamat (lifeguard) ketika duduk di kerusi tinggi ataupun ketika wisel tergantung di leher sahaja... Ataupun mesti pakai baju tertulis 'LIFEGUARD'. Semua orang mesti ada rasa bertanggungjawab. Ini kerana setiap orang di dalam kolam renang ada potensi untuk lemas. Saya sangat risau kalau terlihat budak kecil di kolam renang tanpa pengawasan sesiapa. PENGAWASAN disini bermaksud mata mengawasi setiap perilaku kanak-kanak tersebut, bukan badan mengadap ke kanak-kanak tersebut tetapi MATA MENGADAP SKRIN TELEFON BIMBIT. Tulisan huruf besar kerana saya nak anda fokus pada ayat tu. Ramai. Memang ramai saya perasan macam tu. Jom saya kongsikan pengalaman saya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dalam umur 4 tahun di kolam renang kanak-kanak , di belakang ayahnya dan pada masa yang sama adik perempuannya JUGA nyaris lemas hanya beberapa langkah daripada mereka. Okay. Kejadian ini berlaku ketika saya sedang mengajar renang di sebuah kolam...